Buletin

SUZUKI PATEN LOGO DAN NAMA KATANA. ADAKAH INI PETANDA KELAHIRAN SEMULA LAGENDA?

Bulan lepas tersebar berita sahih bahawa Suzuki telah memfailkan paten dan tandaniaga jenama KATANA. Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, nama Katana mula disebut-sebut akan dilahirkan semula setelah beberapa model konsep diketengahkan Suzuki dalam pameran automotif serantau.

BACA: KATANA-SI LAGENDA YANG TAK TERKALAH

Spekulasi mula tersebar pantas. Sudah hampir pasti Suzuki akan melahirkan semula jenama lagenda ini. Namun persoalannya, platform apakah yang akan digunakan?

Jika menggunakan varian gixxer sedia ada, ia mungkin tidak membawa maksud yang sesuai. Jika menjenamakan semula Hayabusa, ia juga langsung tidak kena. 

Secara teorinya, Katana perlu sesuatu seperti GSX-R yang memiliki varian dari yang kecil, hingga ke versi lampu “pop-up” 1,100cc. Namun sebelum memvariankan kepada pelbagai enjin dan versi, Suzuki perlu ada sebuah pelantar asas.

Calon terdekat yang dilihat berpotensi menggunakan nama Katana ialah model konsep Recursion yang telah dipamerkan di Pameran Motorshow Tokyo pada 2013.

 

Dari maklumat kebanyakan portal motosikal luar negara juga mencadangkan Recursion sebagai calon Katana akan datang. Mereka juga mendapat gambaran bahawa ia akan jadi motosikal moden pertama Suzuki yang kembali menggunakan sistem turbo.

Ia berdasarkan logik maklumat senarai kod model yang bocor di Rusia tidak lama dahulu. Dalam senarai model pelancaran akan datang ini terdapat satu model yang menggunakan kod GSX-700T (rujuk gambar di bawah)

 

Pada 8 Februari lalu, Suzuki telah memfailkan paten Katana di bawah judul “motosikal dan sebahagian dari unit binaannya”. Ia juga difailkan bersama logo yang spesifik bersama warna hitam/ merah sebagai maksud Katana atau “pedang”.

Sebenarnya, ia bukan kali pertama Suzuki mempatenkan logo dan jenama ini. Ia telah dibuat pada 2010 untuk, namun ketika itu, versi konsep Recursion belum muncul lagi.

BACA: SUZUKI DENGAN ENJIN TURBO TAHUN HADAPAN

Kemunculan Recursion adalah petanda awal dan pembangunan enjin baru sepenuhnya dijangka akan meletakkan Katana sekali lagi dalam senarai motosikal paling ditunggu abad ini.

Jika ia jadi kenyataan, kebarangkalian melihat model ini muncul paling awal ialah penghujung tahun ini dan produksinya akan bermula pada tahun hadapan.

 

Menarik kan?

Google ads
Back to top button