Motosikal

SUZUKI KATANA 3.0 REKAAN FIRMA ITALI ENGINE ENGINEERING (+VIDEO)

Tidak dinafikan lagi, Suzuki Katana ialah sebuah motosikal yang cukup ikonik pada dekad 80-an. Hampir 40 tahun selepas diperkenalkan, ia masih sebuah motosikal dengan rekaan yang sangat mengagumkan. Ia mendahului zaman.

Di seluruh dunia, motosikal ini dianggap lagenda dalam industri permotoran. Justeru, tak hairanlah permintaannya meningkat saban tahun dan proses restorasinya dilakukan hampir segenap pelusuk dunia. 

BACA: SUZUKI KATANA, SI PEDANG LAGENDA!

Motosikal ini dipamerkan sewaktu pameran motosikal EICMA di Milan, Itali bulan lepas. Tak lama selepas itu, pembinanya, Engine Engineering dari Itali mendedahkan buat pertama kalinya video pembikinan model ini untuk tatapan semua.

Ia adalah model asas yang dibina menggunakan kerangka model GSX-S1000 (kembar naked si Gixxer). Bahagian kerangka dan enjinnya masing mengekalkan profil asal dengan enjin DOHC 16-injap yang sama dengan GSX-S1000 yang mampu menghasilkan 156 hp kuasa dengan 104.3 Nm tork.

Apa yang menarik ialah binaan semula rekaan badannya yang mengambil ilham konsep rekaan asli Suzuki Katana.

Lampu-lampu pada model prototaip ini menggunakan teknologi LED sepenuhnya yang lebih moden. Tiada lagi lampu pop-up ikonik ala supercar eksotik Itali pada model Katana asal. 

Rekaan badan keseluruhan dan tangki minyaknya jelas menunjukkan yang ia mengambil inspirasi daripada Katana asal. Bahagian lain juga dihasilkan menyamai motosikal produksi sebenar seperti kerangka twinspar begitu juga dengan lengan hayun belakang.

Nah, saksikan video di bawah

Google ads
Back to top button