Buletin

HARGA RON95 & RON97 NAIK 6 SEN, HARGA DIESEL PULA NAIK 12 SEN

Kementerian Kewangan hari ini mengumumkan harga baru untuk bahan api yang berkuat kuasa mulai esok (19 Januari) hingga 25 Januari 2019.

Harga ini berdasarkan penetapan harga runcit produk petroleum secara mingguan menggunakan formula Automatic Pricing Mechanism (APM). Justeru, harga baharu bahan api adalah seperti berikut:

  • Harga runcit petrol RON97 dinaikkan sebanyak 6 sen seliter iaitu daripada RM2.22 seliter kepada RM2.28 seliter;
  • Harga runcit petrol RON95 dinaikkan sebanyak 6 sen seliter iaitu daripada RM1.92 seliter kepada RM1.98 seliter;
  • Harga runcit diesel dinaikkan sebanyak 12 sen seliter iaitu daripada RM2.05 seliter kepada RM2.17 seliter.

Kenaikan ini adalah berikutan harga produk petroleum yang diproses (refined product) di pasaran dunia yang menunjukkan trend peningkatan berbanding minggu sebelumnya.

Harga RON95 naik daripada AS$60 (RM246.85) setong kepada AS$63(RM259) setong. Manakala harga diesel pula naik daripada AS$68 (RM279.74) setong kepada AS$72 (RM296) setong.

Tags
Google ads
Back to top button