Buletin

HARGA RON95 & RON97 TURUN 5 SEN. DIESEL TURUN 6 SEN, 12-18 SEPT 2020

Harga runcit petrol RON97 dan RON95 masing-masing turun sebanyak 5 sen seliter. Manakala harga diesel pula turun sebanyak 6 sen berkuat-kuasa 12 September hingga 18 September ini.

Kementerian Kewangan menerusi satu kenyataan pada Jumaat memaklumkan harga RON97 yang sebelum ini RM2.01 seliter diturunkan kepada RM1.96.

Sementara harga runcit petrol RON95 turun sebanyak 5 sen seliter iaitu daripada RM1.71 seliter kepada RM1.66 seliter. Harga runcit diesel turun daripada RM1.78 seliter kepada RM1.72 seliter.

Dalam kenyataan sama, Kementerian Kewangan memaklumkan kerajaan akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia serta mengambil langkah yang bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara. – Astro Awani

Google ads
Back to top button