
HONDA CIVIC FACELIFT 2025 RASMI DILANCARKAN – HARGA BERMULA RM133K
Honda Malaysia kini secara rasmi melancarkan Honda Civic facelit 2025, termasuk tiga pilihan enjin petrol (1.5L E, 1.5L V, dan 1.5L RS) bersama satu varian hibrid iaitu 2.0L e:HEV RS.
Dari segi dimensi, ia mempunyai ukuran 1,802mm lebar, 1,415mm tinggi, 4,681mm panjang, dan 2,733mm jarak roda.
Model facelift ini menampilkan elemen reka bentuk yang unik, termasuk gaya sporty RS dengan sambungan gril depan berwarna badan dan kemasan gril bawah untuk e:HEV RS, manakala Petrol RS dilengkapi dengan sambungan gril depan dan kemasan gril bawah berwarna hitam.
Bagi e:HEV RS, ia akan hadir dengan reka bentuk rim aloi Matte Black 18-inci yang baharu.

Kesemua varian dipadankan bersama lampu depan LED dengan fungsi automatik, sementara lampu belakang LED, DRL LED, dan ciri auto-off lampu utama apabila enjin dimatikan adalah standard.
Honda Civic facelift 2025 ditawarkan dalam lima pilihan warna;
- Canyon River Blue Metallic
- Platinum White Pearl
- Meteoroid Gray Metallic
- Crystal Black Pearl
- Ignite Red Metallic
Kelengkapan tersedia untuk kedua-dua varian adalah sistem Honda Smart Key, penghawa dingin dua zon (model petrol hanya menerima sistem pendingin hawa zon tunggal), ventilasi udara belakang serta butang tekan.

Varian hibrid menambah tempat duduk penumpang hadapan boleh laras kuasa empat arah, pengecas peranti tanpa wayar, tempat duduk pemandu boleh laras kuasa lapan arah selain menerima kemasan garisan merah pada papan pemuka serta tempat duduk suede dan synthetic leather.
Selain itu, ia turut dilengkapi dengan sistem infotainmen Google, dengan unit utama skrin sentuh 9-inci yang menyokong Apple CarPlay dan Android Auto.
Sementara, kawalan suara melalui Siri dan Android Auto, Bluetooth, empat sambungan USB-C, dan Honda Connect adalah ciri standard, manakala sistem audio standard datang dengan 8-pembesar suara.

Dari segi kuasa, e:HEV RS dilengkapi dengan rangkaian kuasa 2.0L e:HEV, menawarkan output kuasa maksimum 141PS dan tork 182Nm serta sebuah motor elektrik berkuasa 184PS/ 315Nm dengan kuasa yang disalurkan ke roda depan melalui CVT.
Varian Petrol RS pula dikuasakan oleh enjin 1.5L VTEC Turbocharged, menghasilkan kuasa maksimum 178hp (182PS) dan tork 240Nm.
Dari segi keselamatan, semua varian didatangkan standard dengan enam beg udara, amaran tali pinggang keledar untuk tempat duduk hadapan dan belakang, amaran penumpang belakang, sauh kerusi kanak-kanak ISOFIX, Vehicle Stability Assist (VSA), Agile Handling Assist (AHA), ABS, EBD, isyarat berhenti kecemasan, serta sensor parkir hadapan dan belakang.
Sistem bantuan pemandu merangkumi auto brake hold, hill start assist, pemantau perhatian pemandu, dan kamera undur pelbagai sudut.
Sementara itu, Honda LaneWatch hanya ditawarkan bermula varian V ke atas.
Selain itu, ia turut dilengkapi suite Honda Sensing, dengan fungsi seperti Forward Collision Warning (FCW), Collision Mitigation Braking System (CMBS), Lane Departure Warning (LDW), Lane Keep Assist System (LKAS), Road Departure Mitigation System (RDM), Adaptive Cruise Control (ACC) dengan Low Speed Follow (LSF), Auto High Beam (AHB), dan Lead Car Departure Notification (LCDN).
Beralih pada harga, perincian harga bagi setiap varian adalah seperti berikut:
- e:HEV RS: RM167,900
- Petrol RS: RM149,900
- V: RM144,900
- E: RM133,900
GALERI:


















- BACA: 1,300 TEMPAHAN DALAM 7 HARI BAGI ZONTES 368G – ZONTES MALAYSIA
- BACA: LYNK & CO 900 PHEV RASMI DIPERKENALKAN – DILENGKAPI SKRIN 30-INCI, JANA 845HP, HARGA MASIH RAHSIA
- BACA: TOYOTA GAZOO RACING VIOS CHALLENGE MUSIM KE-7 NOBAT TIGA JUARA BAHARU
- BACA: LOTUS CARS MALAYSIA TAWAR HARGA ‘SPECIAL’ UNTUK LOTUS ELETRE