
SKODA ENYAQ COUPE BAHARU – LEBIH BERGAYA DAN SPORTY DENGAN JARAK PEMANDUAN SEHINGGA 590 KM!
Ketika dilancarkan pada tahun 2020 dahulu, barangkali tiada yang menyangka akan model Skoda Enyaq yang berkongsi platform MEB milik Volkswagen Group ini akan menjadi popular untukj segmen SUV elektrik ini. Ketika penghujung tahun 2024, sejumlah 250,000 unit SUV Enyaq bersama varian Coupe telah dihantar kepada pelanggan di seluruh.
Dan kini sudah sampai ketikanya untuk Skoda mempertaruhkan model terbaharu untuk model Skoda Enyaq setelah beberapa tahun berada dalam pasaran. Paling ketara adalah perubahan reka bentuk fascia hadapan yang kini menampilkan tema Tech-Deck Face.

Tema Tech-Deck Face yang hitam berkilat ini telah berjaya menyembunyikan sistem radar dan juga kamera hadapan. Ciri lain termasuklah Jalur Cahaya yang halus menegak diterangi lampu LED disamping lampu Matrik LED di bahagian atas. Dua lampu utama LED dipisahkan di bahagian bawah untuk memberikan pencahayaan yang sepatutnya.
Rekaan bahagian belakang Skoda Enyaq Coupe ini juga kelihatan cukup menarik dengan Pilar D dipotong ke bawah menjelmakan ciri sebuah Coupe. Terdapat perkataan SKODA yang disusun di belakang belakang bagi menggantikan tipikal logo jenama.

Paling penting rekaan sebegini sebenarnya cukup berfungsi untuk aerodinamik dengan Skoda mendakwa model Skoda Enyaq Coupe baharu ini mampu mencapai mencapai pekali seretan yang lebih rendah bermula pada 0.225, berbanding 0.234 sebelumnya. Ini lebih rendah berbanding varian Skoda Enyaq standard.
Bahagian kabin SUV sporty ini menampilkan ruangan yang lebih luas dan selesa terutamanya di bahagian ruangan bagasi dengan kapasiti diantara 570 hingga 1,610 liter (sekiranya tempat duduk belakang dilipat). Paparan Cockpit Digital bersaiz 5 inci manakala sistem infohiburan pula menggunakan paparan bersaiz 13 inci.
Tempat duduk hadapan dengan ventilasi udara disamping bumbung panorama juga tersedia untuk kedua varian Coupe mahu pun Standard.

Škoda Enyaq baharu didatangkan dengan dua saiz bateri dan tiga pilihan rangkaian kuasa, memberikan output antara 150 kW hingga 210 kW. Varian Enyaq 85x sebagai varian tertinggi menampilkan motor elektrik tambahan pada gandar hadapan, menyediakan keupayaan pacuan semua roda. Dengan jarak pemanduan melebihi 590 kilometer, ia amat sesuai untuk perjalanan jarak jauh. Enyaq baharu juga menyokong pengecasan pantas di stesen pengecas pantas DC, mencapai pengecasan daripada 10 hingga 80 peratus dalam masa 28 minit atau kurang sahaja, terima kasih kepada kadar pengecasan maksimum 175 kW.
Dengan beberapa ciri moden yang turut didatangkan secara standard seperti Adaptive Cruise Control, Rear Traffic Alert and Exit Warning dan juga Predictive Adaptive Cruise Control (pACC) serta didatangkan reka bentuk yang cukup menarik sudah semestinya Skoda Enyaq Coupe ini mampu menarik perhatian bakal pembeli baharu.
BACA :SKODA ENYAQ RS RACE CONCEPT – SEBUAH KERETA LUMBA KONSEP ELEKTRIK YANG LEBIH GARANG
BACA : SKODA ENYAQ SPORTLINE iV – INI BARULAH SUV KENDERAAN ELEKTRIK YANG BERGAYA