
HONDA DASH 125 HADIR DENGAN EMPAT WARNA BAHARU – RM6,599
Disebalik kemeriahan pasaran motosikal tempatan yang kini hadir dengan pelbagai model baharu, Boon Siew Honda masih yakin dengan Dash 125 menjelang tahun baharu.
Honda Dash 125 yang popular dikalangan pengguna yang mahukan motosikal kapcai yang tahan lasak dan mudah dijaga, kini hadir dengan empat warna baharu agar tampil lebih segar.

Dash 125 kini menampilkan warna Silver, Blue, White dan Green. Menurut BSH, warna Silver, Blue dan White menawarkan reka corak dinamik Modern Sporty manakala warna Green pula menwarkan corak Neo Sportivo.
Selain warna dan grafik, Dash 125 ini masih lagi dikuasakan enjin satu silinder 125cc yang berupaya menjana 10hp pada 8,000rpm dan 9.5Nm pada 6,500rpm. Motosikal ini menawarkan tangki bahan api berkapasiti 4L dan mampu bergerak sejauh 59km per liter.

Kesemua empat-empat warna boleh didapati dengan harga jualan RM6,599 (tidak termasuk cukai jalan dan insurans).









