Artikel Pilihan

KERETA BARU 2026 MERIAH- EV, HIBRID, PHEV, SEDAN & SUV SEMUA ADA

Tahun 2026 dijangka menjadi tahun yang menarik untuk pasaran automotif Malaysia, dengan pelbagai pilihan model baru sepenuhnya. Ini termasuklah model dari EV sepenuhnya, SUV hibrid, PHEV, REEV sehingga sedan dan coupe mewah.

Struktur cukai baharu yang memberi pengecualian untuk EV menjadikan harga lebih kompetitif bakal ditamatkan dan unit CBU bakal menerima kenaikan harga sehingga 30%. Keadaan ini menyebabkan EV yang dihasilkan dalam negara menjadi lebih mahal manakala EV CBU pula lebih mahal.

Kami senaraikan beberapa model baru yang dijangka akan diperkenalkan di Malaysia pada tahun 2026 nantu.

1. Proton S70 MC1 – ialah versi mid-cycle refresh untuk sedan S70 dan dijangka dilancarkan sekitar Januari 2026. Model ini dijangka menerima kemaskini pada sistem bantuan pemandu ADAS, skrin multimedia yang lebih pantas, serta talaan NVH (Noise, Vibration, Harshness) yang lebih baik untuk pengalaman pemanduan yang lebih senyap dan selesa.

Anggaran harga bagi S70 MC1 adalah antara RM75,000 hingga RM100,000, menjadikannya pilihan menarik bagi pembeli sedan segmen C yang mahu kenderaan premium tetapi pada harga kompetitif segmen B. Dengan cukai SST yang masih rendah sekitar 10% untuk Proton sedan, harga akhir masih mampu milik walaupun dengan penambahan teknologi baharu.

2. Proton X90 MC1 – ialah SUV perdana segmen D yang dijangka menerima facelift ringan atau kemaskini spesifikasi pada 2026 untuk memastikan ia kekal kompetitif dalam pasaran SUV premium tempatan. Model ini dijangka ditawarkan pada harga RM130,000 hingga RM160,000

X90 MC1 menyasarkan pembeli seperti keluarga besar dan eksekutif muda yang ingin SUV premium dengan kos lebih rendah berbanding pesaing import. Sebagai model CKD, X90 masih menikmati pengecualian cukai import, mengekalkan harga jualan yang kompetitif di pasaran tempatan.

3. Mazda CX-5 generasi ketiga pula dijangka tiba di Malaysia sekitar suku ketiga 2026. SUV C-segment ini menampilkan enjin 2.5L mild-hybrid (141PS & 238Nm), rekaan baharu sepenuhnya dan fokus kepada kecekapan bahan api serta kesenyapan kabin.

Dengan anggaran harga RM150,000 hingga RM180,000, CX-5 mensasarkan pembeli yang mahukan gabungan prestasi, penjimatan bahan api, dan kualiti premium. Buat masa ini hanya 1 pilihan enjin sahaja yang ditawarkan di peringkat Global dengan kebarangkalian unit ini akan dibawa masuk secara CBU

4. Nissan Serena e-Power – generasi baharu telah disahkan untuk pasaran Malaysia dan dijangka dilancarkan pada suku pertama 2026. MPV hibrid ini menggunakan sistem e-Power, di mana enjin petrol berfungsi sebagai penjana untuk motor elektrik yang memacu roda (series hybrid) memberikan pemanduan lancar dan efisien dari segi bahan api.

Serena e-Power mensasarkan keluarga besar yang mahukan MPV moden dan selesa dengan anggaran harga RM160,000 hingga RM180,000. Pengurangan cukai import bagi hibrid membantu mengekalkan harga di bawah pesaing MPV import.

5. Jetour T5 – SUV bergaya off-road dari China yang dijangka tiba awal 2026. Model ini menekankan saiz besar, nilai tinggi, dan rekaan lasak. Dengan infotainment bersaiz besar dan ciri keselamatan asas, ia menyasarkan pembeli SUV yang mementingkan praktikaliti, ruang kabin luas, dan harga berpatutan untuk pasaran Malaysia.

6. Lepas L8 PHEV – SUV plug-in hybrid segmen D yang menawarkan kuasa tinggi dan jarak EV praktikal sekitar 80 hingga 100 km dengan pelancaran model ini dijangka separuh pertama 2026. Model ini sesuai untuk eksekutif muda dan keluarga yang mahukan SUV premium, penjimatan bahan api, dan akses kepada teknologi EV.

7. Lepas L6 ialah SUV C-segment yang lebih kompak berbanding L8, dan menyasarkan keluarga urban yang mahukan SUV premium tetapi kompak. Buat masa ini Lepas L6 dijangka akan ditawarkan dalam varian enjin pembakaran dalam varian HEV dan PHEV manakal varian EV juga akan ditawarkan.

8. Chery Tiggo 9 PHEV ialah SUV segmen D premium dengan kabin mewah dan sistem ADAS lengkap. Model ini mensasarkan pembeli SUV premium yang juga penggemar teknologi hijau, dengan anggaran harga RM200,000 hingga RM220,000.

Dalam versi yang dipamerkan ke media, Tiggo 9 PHEV menggunakan enjin 1.5 liter turbo empat silinder yang menghasilkan sekitar 156 PS (153 hp) dan tork 220 Nm, menggabungkan dua motor elektrik dengan sistem DHT h. Output gabungan sistem hibrid bagi varian asas ini ialah sekitar 381 PS dan 610 Nm tork menghasilkan pecutan 0-100km/h dalam masa 8.9 saat.

9. JAECOO J6– SUV elektrik futuristik dari Chery Group yang dijangka memasuki pasaran Malaysia sekitar 2026. Dengan kabin teknologi tinggi dan sistem infotainment futuristik, ia menyasarkan pembeli yang menitikberatkan teknologi anggaran harga RM180,000 hingga RM200,000.

10. GWM Wey G9 – MPV PHEV mewah CKD yang akan dipasang secara tempatan. Dijangka dilancarkan pada 2026 dengan harga dianggarkan di bawah RM300,000. Model ini menawarkan kabin premium dan sistem keselamatan lengkap, menjadi alternatif lebih mampu milik kepada Alphard atau Vellfire, Denza D9, Xpeng X9 dan Zeekr 009

11. Volvo ES90 -sedan elektrik perdana CKD yang dijangka dilancarkan awal 2026. Dengan anggaran harga RM350,000 ES90 menawarkan ADAS canggih, kabin premium, infotainment terkini, dan jarak pemanduan EV 650km WLTP. Sekiranya dipasang secara CKD, model ini mendapat pengecualian cukai penuh, menjadikan harga lebih kompetitif walaupun model ini tergolong premium.

12. Mercedes-Benz CLE Coupe pula menggantikan C-Class dan E-Class Coupe, dijangka memasuki pasaran Malaysia pada 2026 dengan harga RM450,000 hingga RM500,000. Model ini menawarkan kabin mewah, sistem trenkuasa mild-hybrid, infotainment high-end, dan ADAS canggih untuk eksekutif serta pembeli coupe mewah yang menginginkan teknologi terkini.

13. Toyota bZ4X ialah SUV elektrik (BEV) yang dibina atas platform e‑TNGA (electric Toyota New Global Architecture), direka khusus sebagai salah satu EV utama Toyota dalam era Beyond Zero (neutraliti karbon).

Ia dipamerkan di Malaysia dan beberapa unit telah tampil di fasiliti Toyota tempatan, menunjukkan minat UMW Toyota Motor dalam membawa model ini ke pasaran Malaysia. Walaupun pihak Toyota Malaysia belum mengesahkan tarikh jualan rasmi, unit uji dan pameran bZ4X telah dilihat di dalam negara, yang memberi petunjuk kuat bahawa model ini sedang dinilai untuk pelancaran rasmi masa depan.

Dari segi spesifikasi global, bZ4X biasanya dilengkapi bateri sekitar 71.4 kWh dengan motor elektrik tunggal yang mampu menghasilkan lebih kurang 204 PS dan 266 Nm tork, serta menawarkan jarak pemanduan sehingga kira‑kira 500 km (WLTP) Ia juga menyokong pengecasan pantas DC sehingga 150 kW, membolehkan pengecasan dari 0–80% dalam masa sekitar 30 minit pada infrastruktur yang sesuai.

14. Toyota Vellfire HEV -merupakan versi hibrid mewah daripada MPV flagship Toyota yang sudah terkenal di Malaysia. Walaupun versi ICE (petrol) Toyota Vellfire telah pun dijual di Malaysia sebelum ini, varian HEV (Hybrid Electric Vehicle) telah dipamerkan bersama dalam acara Beyond Zero oleh UMW Toyota Motor, menandakan kemungkinan kuat bahawa varian hibrid ini bakal diperkenalkan secara rasmi dalam masa terdekat.

Dokumen rasmi Toyota Malaysia juga mengesahkan spesifikasi asas untuk Vellfire 2.5L HEV yang menggunakan sistem hibrid generasi terkini dengan output gabungan sekitar 184 kW, di mana enjin 2.5L petrol dipadankan dengan motor elektrik dan sistem bateri hibrid, menghasilkan keseimbangan prestasi dan penjimatan bahan api yang baik

15. Toyota Yaris Cross HEV – dijangka tiba di Malaysia sekitar April 2026. Model ini ialah B‑SUV hibrid yang menawarkan gabungan kecekapan bahan api tinggi dan saiz kompak sesuai untuk pemanduan urban. Ia menggunakan sistem hibrid generasi terkini Toyota (1.5L + motor elektrik) dengan output gabungan kira‑kira 116–120 PS, menjadikan ia ekonomi bahan api tetapi cukup responsif untuk kegunaan harian

16. Toyota Hilux Champ – ialah varian terkini pikap Hilux yang berpotensi untuk masuk Malaysia pada awal 2026. Ia mengekalkan reputasi Hilux sebagai pikap tangguh dengan prestasi enjin yang terbukti, sambil menawarkan peningkatan ciri keselamatan dan infotainment untuk bersaing dengan model baru di pasaran.

17. Toyota Vios HEV – sedan kompak hibrid yang dibina untuk menggantikan varian petrol biasa dalam pasaran Malaysia dengan fokus kepada penjimatan bahan api dan prestasi lebih lancar. Ia menggunakan sistem hibrid Toyota generasi terbaru dengan enjin 1.5L dan motor elektrik, menghasilkan output gabungan sekitar 116–120 PS.

18. Mitsubishi XforceSUV kompak untuk pasaran ASEAN yang dibangunkan dengan fokus kepada gaya hidup dilengkapi ciri keselamatan lengkap termasuk ABS, ESC, seatbelt reminder dan teknologi bantuan pemandu seperti AEB, blind spot detection dan automatic high beam.

Mitsubishi Xforce dijangka dibawa masuk ke Malaysia tidak lama lagi, termasuk kemungkinan varian petrol serta versi HEV hibrid yang kini turut dipasarkan di Thailand selepas pelancaran globalnya di Indonesia.

Ini selari dengan strategi Mitsubishi untuk memperluas pengenalan model yang disesuaikan dengan keperluan pengguna ASEAN, menawarkan gabungan reka bentuk bergaya, praktikaliti SUV lima tempat duduk dan teknologi moden yang relevan untuk pasaran tempatan

Keseluruhannya, tahun 2026 bakal menjadi tahun yang sangat menarik bagi pasaran automotif Malaysia. Penggunaan EV, PHEV, dan hibrid semakin meluas, manakala struktur cukai baru membantu menurunkan harga berbanding harga import penuh.

Sasaran pembeli kini merangkumi keluarga besar, profesional muda, penggemar teknologi hijau, dan pembeli yang mahukan prestasi serta kemewahan, menjadikan tahun 2026 sebagai salah satu tahun paling dinanti untuk pasaran kereta tempatan dan import.

Google ads
Back to top button