Motosikal

HONDA LANCAR CBR400R 2019 DI JEPUN – RM29.2K SEUNIT

Honda dilapor baru sahaja mendedahkan model supersport CBR400R 2019 untuk pasaran Jepun. 

Hanya untuk pasaran domestik, CBR400 yang sudah beberapa tahun berada di Jepun menjadi pesaing utama kepada model-model seperti Kawasaki Ninja 400 dan Yamaha R3. 

Kenapa 400cc? Ia dibina supaya dapat mematuhi polisi cukai di Jepun. Untuk pasaran Eropah misalnya, jentera itu dijual sebagai CB500R. Maka tidak hairanlah jika kedua-dua model utu mempunya rekaan dan warna yang sama.

Sebagaimana yang boleh dilihat, reka bentuk CBR400 semakin matang apabila mengambil inspirasi rekaan CBR1000R. 

Jentera itu dikuasakan oleh enjin DOHC parallel-twin dengan ciri penyejukan cecair bersesaran 399cc yang mampu menjana kuasa sehingga 46PS dan tork 38Nm. Enjin itu kemudian dipadankan dengan kotak gear ebam kelajuan. 

Ia merupakan enjin untuk model sebelum ini, tetapi telah ditala semula serta dipasang dengan sistem pengambilan baharu dan pemasaan injap yang dioptimumkan untuk mematuhi piawaian emisi. 

Slipper clutch dan ekzos rekaan Honda Racing dipasang sebagai ciri standard. Ciri-ciri lain termasuklah lampu LED, kluster instrumen digital sepenuhnya dan brek ABS. 

CBR400 menggunakan khidmat fork teleskopik dan monoshock pada roda belakang. Rim bersaiz 17 inci itu pula dibalut oleh tayar Michelin. Ia mempunyai berat 192kg dengan kapasiti tangki minyak 17 liter.  

Harganya ialah 793,800 yen (RM29,200) seunit. 

Google ads
Back to top button