,
Buletin

HONDA MALAYSIA KEMBANGKAN JARINGAN PUSAT BADAN & CAT KE SELURUH NEGARA

Honda Malaysia dilihat terus fokus dalam menambah baik pengalaman pemilikan pelanggan apabila menambah pusat Badan & Cat (BP). Tahun ini sahaja, sebanyak enam buah BP baharu mula beroperasi yang menjadikan angka keseluruhan BP Honda kepada 28. 

Pengembangan rangkaian BP nyata selari dengan hala tuju syarikat untuk memberi kemudahan kepada pelanggan dengan menawarkan semua perkhidmatan di bawah satu bumbung. 

“Kami percaya pusat BP ini akan membantu Honda Malaysia memenuhi permintaan pelanggan yang kian meningkat. Selain menawarkan perkhidmatan selepas jualan yang berkualiti tinggi menersi kakitangan berkemahiran dan persekitaran yang kondusif.

 

“Semua pengedar kami dilengkapi dengan kemudahan dan peralatan terkini demi memastikan kenderaan pelanggan diselenggara sebaiknya,” kata Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Honda Malaysia, Toichi Ishiyama

Pusat BP Honda menawarkan produk-produk berkualiti seperti cat berasaskan air yang mesra alam, selain alat ganti tulen yang disahkan oleh Honda Motor Co. 

Sejak lima tahun lalu, syarikat berjaya mengekalkan pertumbuhan jualan yang konsisten dengan peningkatan sebanyak 30 peratus mulai tahun 2014 hingga 2018. Pertumbuhan itu turut diterjemahkan kepada kenaikan pengambilan selepas jualan di pusat-pusat pengedar Honda. 

Sehingga Oktober 2019, sebanyak 36,000 pengambilan telah direkodkan, naik 40 peratus berbanding tempoh sama tahun lalu.  

Maklumat lanjut mengenai pusat BP Honda Malaysia, sila hubungi talian tol percuma: 1-800-88-2020 atau layari laman web: www.honda.com.my

Google ads
Back to top button