
INDONESIA LOKASI KEDUA PEMASANGAN EV IONIQ 5, PRODUKSI MULA MAC INI
Hyundai Ioniq 5 merupakan EV yang lahir dari platform E-GMP dan kini dipasang di kilang Ulsan, Korea Selatan.
Namun dalam masa terdekat, Hyundai Ioniq 5 bakal mendapat label ‘Made in Indonesia‘ berdasarkan laporan terkini daripada media negara jiran.
Menurut OtoDriver, Hyundai merancang untuk memulakan produksi Ioniq 5 pada bulan Mac 2022 di fasiliti Hyundai yang terletak di Cikarang, Jawa Barat.
Sumber yang dipercayai memberitahu OtoDriver memaklumkan angka produksi Ioniq 5 disasarkan sebanyak 1,000 unit per tahun untuk tahun ini, dan bakal ditambah menjadi 1,500 unit untuk tahun 2023, 2,000 unit untuk tahun 2024 dan 2,500 unit untuk tahun berikutnya.
Menurut sumber itu lagi, Hyundai Ioniq 5 versi pemasangan Indonesia itu bakal dieksport ke pasaran Asia Tenggara.
Sumber: OtoDriver

