Artikel Pilihan

VGV VX7 – APABILA SUV DI-TRAK PIKAP-KAN

Dalam dunia automotif, kita seringkali melihatkan kepelbagaian varian / model berdasarkan sesebuah pelantar. Kita mungkin biasa melihatkan daripada sebuah trak pikap, dijelmakan sebagai sebuah SUV sebagai contoh model trak pikap Isuzu Dmax dijadikan sebuah SUV moden, Isuzu MUX. Tapi, ada sebuah model daripada SUV, dijelmakan sebuah trak pikap yang bukan biasa biasa.

Ini adalah sebuah model trak pikap VGV VX7, yang dijelmakan daripada sebuah model SUV, VGV U75 Plus. Buat anda yang masih tidak tahu asal usul, ianya adalah model daripada jenama VGV, yang mana ianya dipunyai oleh Sinotruck Group. Sinotruck Group ini merupakan sebuah perusahaan truk yang dimiliki oleh Kerajaan China sendiri.

Apabila trak pikap VGV VX7 ini dilancarkan, sudah tentu sasaran pembelinya tidaklah ditujukan kepada para petani atau pun untuk digunakan di kawasan perkampungan untuk mengangkut binatang peliharaan ataupun barangkan keperluan pertanian. Tetapi ianya lebih sesuai untuk dibeli oleh mereka yang inginkan sebuah kenderaan gaya hidup untuk di bawa ke pusat membeli belah perabot terkemuka atau pun pergi berkhemah di hujung minggu.

Muka hadapan VGV VX7 ini mengambil meminjam terus rupa saudara kembarnya si U75. Cuma bahagian gril dan bamparnya kelihatan sedikit serabut dan terlebih buat. Bahagian bawah bampar kelihatan sangat seperti buatan kedai Abang’s.

Cuma bahagian pilar belakang telah diubah untuk disesuaikan dengan profail sebagai sebuah trak pikap. Dan bahagian belakangnya sememangnya kelihatan cukup berbeza dengan trak pikap yang biasa. Kalau anda pernah melihatkan model SsangYong Actyon Sports pasti anda mengerti apa yang cuba BK sampaikan.

Bahagian belakangnya tidaklah sepanjang sebuah trak pikap Hailak. Tetapi ianya masih cukup praktikal untuk mengisi barangan peribadi. Cuma kekusutan bahagian hadapan, diterukan di bahagian belakang dengan penggunaan reflektor melintang di bahagian atas lampu utama. Nampak terlalu penuh dan tak berapa nak kena gaya.

Cuma kelebihan pada ruangan kargo di belakang adalah ianya mempunyai simpanan yang tersembunyi di bahagian bawah. Sudah tentu ianya menjadikan lebihan ruangan kargo di belakang untuk diisi.

Menggerakkan trak pikap ini adalah trenkuasa daripada enjin 2.0 liter turbo yang dipadankan dengan kotak gear lapan kelajuan yang digerakan melalui pacuan roda hadapan. Enjin ini berupaya untuk menghasilkan kuasa 224 HP dan juga 385 Nm. Pecutan maksimum, lagi 4 km/j nak cecah ke angka 200.

Untuk rakyat China, ianya boleh dibeli pada harga 115,800 Yuan (RM76,910). Ok ke tidak ni sebenarnya?

BACA : FAW SENIA R9 – LAWA JUGA KAN SEBENARNYA SUV CHINA NI?

BACA : FARIZON FX – TRAK PIKAP ANEH BUATAN GEELY. GUNA PLATFORM BOYUE PRO (PROTON X70)

Google ads

B K

Back to top button