Artikel Pilihan

8 MAC 2022, MAZDA CX-60 AKAN DILANCARKAN. DALAMAN CUKUP MEWAH

Melalui satu video acah pemasaran yang ringkas yang ditayangkan oleh Mazda secara atas talian, Mazda bakal melancarkan Mazda CX-60 pada 8 Mac nanti. Model SUV terbaru Mazda akan mengetengahkan falsafah baru rekaan Kodo iaitu “ketenangan dan ketegasan dalam ruang kosong” melalui gabungan pelbagai bahan dan tekstur

Rekaan dalaman CX-60 adalah minimalistic, tapi pada msa yang sama memperincikan fabrik berkualiti tinggi dan seolah-olah ditenun dengan menggunakan tangan oleh artisan. Mazda memilih untuk menggunakan kulit Nappa, rekaan kayu Maple, tekstur fabrik Jepun dan juga krom yang digabungkan menjadi identiti baru kemewahan Mazda

Teknik gabungan ini digelar sebagai “Musubu” oleh Mazda iaitu teknik istimewa yang menggabungkan fabrik tenunan dalam rekaan papan pemuka yang terbaru Mazda. Model juga CX-60 akan menjadi model pertama Mazda yang menggunakan teknologi PHEV yang berupaya menjana sehingga 300 kuasa kuda melalui penggunaan enjin SkyActiv-X ataupun SkyActiv-D dengan sistem mild-hybrid 48 volt

Mazda CX-60 merupakan sebahagian daripada pelan pembangunan Mazda (Large Product Group) dalam usaha menawarkan lebih banyak crossover dalam pasaran. Antaranya ialah Mazda CX-50, CX-60, CX-70, CX-80 dan CX-90. CX-60 dan CX-70 akan dijual di pasaran Eropah manakala CX-70 dan CX-90 akan dijual untuk pasaran Amerika.

Sebelum ini Mazda pernah menayangkan enjin baru 6 silinder sebaris berkuasa petrol dan juga diesel yang dipadankan dengan pilihan gear manual ataupun automatik 8 kelajuan. Platform baru ini bakal menawarkan enjin pacuan roda belakang bagi pengalaman pemanduan yang lebih mengujakan

Google ads
Back to top button