Artikel Pilihan

INFLATTABLE SPARE TYRE, TAYAR GANTIAN TAPI ANDA PERLU ISI ANGIN UNTUK MENGGUNAKANNYA

Dalam dunia automotif, ada beberapa mazhab yang digunakan oleh pengeluar kereta dalam membekalkan tayar gantian kepada anda. Mazhab pertama ialah mereka akan memberikan tayar gantian bersaiz penuh kepada anda, jika anda bernasib baik tayar gantian tersebut lengkap dengan sport rim.

Mazhab kedua pula ialah pengeluar memberikan tayar space saver kepada anda, biasanya tayar ini datang dengan diameter yang hampir sama dengan tayar asal kecuali kelebaran tayar menjadi semakin kecil. Jika tayar anda datang dengan kelebaran 175mm, mungkin tayar ini datang dalam kelebaran 85mm sahaja

Manakala mazhab ketiga pula ialah pengeluar langsung tidak memberikan anda sebarang tayar gantian. Sebaliknya ia digantikan dengan kit pembaikan tayar, seperti jika anda pancit maka anda boleh menggnakan kit ini bagi menampal lubang pada tayar.

Eh kalau tayar koyak macam mana? Haa jawabnya telefon la trak tunda dan kalau nasib anda tidak baik berada di kawasan pedalaman, nasib la kan.

Ketika memandu uji Audi Q5 baru-baru ini penulis terdetik untuk melihat tayar gantian yang digunakan oleh SUV ini. Jika Volkswagen Tiguan menggunakan space saver tyre, maka jenama Audi walaupun daripada kumpulan yang sama menggunakan tayar yang berbeza.

Sebagai rujukan, Audi Q5 S Line yang dipasarkan di Malaysia datang dengan tayar 235/55 R19. Rim berjejari 19 inci digunakan bagi memastikan komponen lain seperti angkup brek boleh digunakan tanpa masalah. Ini menyebabkan tayar gantian bersaiz 19 inci perlu digunakan.

Masalahnya ialah bagaimana anda hendak memuatkan tayar bersaiz 19 inci di dalam ruang kargo dengan keluasan yang terhad. Malah ruang kargo ini juga perlu berkongsi ruang dengan 2 unit bateri 12 volt yang merupakan komponen mild hybrid MHEV.

Bayangkan rim 19 inci dan tayar bersaiz 235/55 R19 perlu disimpan dalam ruang yang terhad ini. Bagi menyelesaikan masalah ini, jurutera Audi menggunakan inflatable tyre spare atau tayar simpanan yang boleh mengembang apabila dipam dengan angin

Untuk itu, selain daripada tayar gantian, Audi Q5 turut dibekalkan dengan pam angin yang bertujan mengepam angin selain daripada jek dan pembuka tayar. Dalam video di bawah anda boleh perhatikan tayar mulai mengembang bila dipam, namun kelajuannya terhad kepada 80km/jam sahaja.

Malah hos ini iaitu Alex yang pernah menggunakan tayar ini mendapati bunga tayar tidak sesuai untuk digunakan ketika jalan licin selain sistem ESC kereta yang kerap memberi amaran berkenaan kehilangan cengkaman tayar sewaktu digunakan

Google ads
Back to top button