Buletin

BERITA SEDIH, TOYOTA MAHU HENTIKAN PENAWARAN MODEL KERETA SPORTS GR

Toyota dilapor bakal menghentikan penawaran model berprestasi tinggi di bawah payung GR, berdasarkan laporan terbaharu daripada penerbitan Australia Drive.

Menurut ketua jurutera pembangunan Toyota GR86, Yasunori Suezawa menjelaskan, Toyota GR86 merupakan model terakhir bagi kelas prestasi tinggi GR.

“Tiada yang tinggal, jadi model (GR86) ini merupakan yang terakhir,” ujarnya.

“Untuk GR, model ini (GR86) merupakan model terakhir. Namun kami masih lagi mempunyai penawaran GR Sport yang akan diperluaskan kepada model-model lain seperti Corolla, Yaris Cross dan C-HR.

Jadi, dengan timbulnya berita ini, hilang sudah harapan kita untuk melihat kelahiran semula model-model termasuklah MR2 dan juga GR Corolla sedan.

Sehingga kini, barisan model berprestasi tinggi yang dihasilkan oleh Toyota adalah seperti berikut:
-Toyota GR Supra (kerjasama dengan BMW)
-Toyota GR86 (kerjasama dengan Subaru)
-Toyota GR Yaris (pembangunan Toyota sepenuhnya)
-Toyota GR Corolla (pembangunan Toyota sepenuhnya)

Berita terbaharu ini bakal memberikan satu kemungkinan yang kita semua maklum – harga jualan semula di pasaran terpakai akan melambung tinggi bagi kesemua model-model GR sedia ada jika benar Toyota mahu menghentikan penawaran model berprestasi tinggi tulen GR pada masa akan datang. – Drive

Google ads
Back to top button