Artikel Pilihan

INI KOS SERVIS HONDA CIVIC 2022, SEMUA PAKAI ENJIN 1.5 TURBO VTEC

Honda Civic yang dilancarkan baru-baru ini telah melakar satu sejarah baru bagi kereta jenama Honda khususnya bagi model Civic. Ini merupakan kali pertama Civic hanya ditawarkan dalam 1 varian enjin sahaja berbanding sebelum ini yang ditawarkan sehingga 3 varian iaitu 1.8 NA, 2.0 NA dan 1.5 hibrid

Malah generasi FC sebelum ini turut menawarkan 2 varian enjin samaada 1.8 NA dan juga 1.5 Turbo. Bagi pasaran Malaysia, generasi FL hanya ditawarkan dalam 1 varian sahaja iaitu 1.5 Turbo sahaja. Untuk rekod 1.5 turbo ini menjana sehingga 180 kuasa kuda dan 240Nm tork. Hanya transmisi CVT sahaja yang dipadankan dengan kereta ini.

Bagi tujuan penyelenggaraan, Honda menyarankan servis berkala seperti berikut:

1. Minyak enjin (RM 161.56) mestilah ditukar dalam tempoh masa maksima 6 bulan atau apabila lampu amaran telah menyala. Lampu ini menyala apabila kelikatan minyak pelincir tidak lagi sesuai untuk operasi sistem turbo

2. Penapis minyak enjin pula (RM 34.68) mestilah ditukar dalam sela masa 12 bulan atau setiap kali 2 penukaran minyak enjin dibuat.

3. Penapis udara enjin pula wajib ditukar pada setiap 30,000km dengan kos RM 104.49

4. Honda juga menyarankan agar minyak pelincir sistem CVT ditukar pada setiap 40,000km dan drain plug gasket turut ditukar dengan kos RM 143.89

5. Cecair minyak brek pula wajib ditukar pada setiap 60,000km dengan kos RM 38.30

6. Fuel filter atau penapis petrol perlu ditukar pada 140,000km dengan harga RM 386.85

7. Setakat ini alat ganti yang paling mahal ialah palam pencucuh Iridium yang berharga RM 439.35 bagi setiap set dan perlu ditukar pada setiap 100,000km

8. Cecair penyejuk enjin berharga RM 146.03 yang perlu disalin pada setiap 200,000km

9. Bagi memastikan udara dalam kabin bersih, penapis penyaman udara yang berharga RM 90.76 perlu disalin pada setiap 100,000km

10. Formen juga akan memeriksa keadaan brek depan dan belakang pada setiap 10,000km dengan kos RM 9.66

11. Jadual ini tidak termasuk kos penjajaran semula tayar, imbangan tayar, kos servis penyaman udara (biasanya pada setiap 40,000km), kos alat ganti (pelapik brek) dan tayar

12. Bagi varian E & V ia menggunakan tayar bersaiz 17 inci dari jenama Continental MaxContact 5. Hanya varian RS sahaja mengenakan tayar Michelin Pilot Sport4 dan persamaan kedua-dua tayar ini ialah ia tidak murah

13. Namun Honda Civic masih menikmati penjimatan lain dari segi cukai jalan yang hanya dikenakan RM 90 sahaja setahun

14. Kos servis paling mahal ialah RM 866.13 ketika jarak perjalanan mencecah 200,000km kerana melibatkan penukaran cecair penyejuk enjin, minyak pelincir CVT dan juga palam pencucuh

Anda boleh menyemak maklumat lanjut kos servis Honda Civic di SINI

Google ads
Back to top button