Buletin

INI RUPA HONDA CITY 2020 YANG SEDANG DIUJI DI THAILAND

Honda City generasi keenam (GM6) sudah pun berada di pasaran sejak 2014. Adalah menjadi kebiasaan untuk model-model teras begini akan digantikan setiap lima tahun dan pada bila-bila masa Honda akan memperkenalkan Honda City generasi ke-tujuh di pasaran.

Setelah lama menunggu foto intipan, ia akhirnya muncul di Thailand ketika kelibat kereta ini sedang diuji, lengkap dengan pelekat penyamaran. Pun begitu, dengan samaran sebegini, ia masih lagi tidak jelas tentang rekaan keseluruhannya, namun ia boleh dilihat secara kasar.

Di bahagian hadapan, ia menggunakan jeriji yang bersambung ke bahagian lampu utama. Sepertimana Civic, lampu hadapan City serba baru ini kelihatan tirus dan “sepet”.

Jika dilihat pada boney hadapannya, ia juga berbeza dengan garis badan City GM6 sekarang. Roda multi spoke didatangkan dengan warna hitam penuh atau mungkin juga sebagai roda sementara untuk ujian.

Lain-lain bahagian yang kelihatan ialah antena sharkfin yang mengikut model-model semasa Honda.

Lampu belakang juga kelihatan lebih tipis lantas berbeza dengan garisan model lampu belakang saudara yang lain seperti Civic , Brio, CR-V, Accord Turbo, dan Honda Amaze.

Di penghujung hud belakang seakan ada ducktail yang mungkin memberi rupa lebih segar pada rangkaian sedan Honda yang ada di pasaran.

Bila akan dilancarkan?

Lazimnya City akan menyusul selepas Honda Jazz dan menurut desas-desus di media luar, Honda Jazz Baru akan diperkenalkan pada Tokyo Motorshow Oktober nanti dan CIty sudah pasti akan menyusul selepasnya.

Mazda CX30

GALERI

Google ads
Back to top button