" "
Buletin

MERCEDES-BENZ EQC – 450KM SEKALI CAJ, LANCAR TAHUN DEPAN?

Seperti mana pengeluar kenderaan lain, Mercedes-Benz nampaknya tidak mahu ketinggalan dalam perlumbaan menghasilkan kenderaan elektrik.

Justeru, pengeluar kereta berpengaruh dari Jerman itu memperkenalkan EQC sebagai model elektrik terawal keluarannya.

Biarpun masa depan EV di Malaysia boleh dikatakan tidak menentu, Mercedes-Benz Malaysia tetap mahu memperkenalkan EQC ke pasaran tempatan.

Tampil buat pertama kalinya di Asia Tenggara, EQC merupakan produk pertama Mercedes-Benza di bawah jenama produk dan teknologi EQ yang bakal mendefinisikan masa depan mobiliti.

Anda boleh menempah EQC 400 4MATIC mulai tahun depan dengan harga sekitar RM600,000 seunit.

SUV itu dijana oleh dua unit motor elektrik pada gandar hadapan dan belakang yang menawarkan output kuasa 300kW (408hp dan tork 760Nm).

Kuasa tersebut disalurkan menerusi transmisi yang juga disepadukan dengan sistem penyejukan dan elektronik kompak. Rangkaian kuasa elektrik (eATS) pada gandar hadapan dan belakang memberikan EQC karekteristik sebuah jentera AWD.

Penggunaan tenaga dan jarak kenderaan elektriksangat bergantung kepada corak pemanduan. Jadi, EQC menyokong pemandu menerusi mode-mode pemanduan yang memiliki karekteristik berbeza.

Mode pemanduan yang ditawarkan ialah Comfort, Eco, Max Range, Sport dan Individual.  Secara purata, EQC mampu bergerak sejauh 450km dengan sekali caj.

Sama seperti model-model baharu Mercedes-Benz, EQC dilengkapi sistem infohibur Mercedes-Benz User Experience (MBUX) sebagai ciri standard.

MBUX pada EQC terdiri daripada paparan bersaiz 10.25 inci dan skrin sentuh.

GALERI

Google ads
Back to top button