Buletin

SEKUMPULAN MEKANIK SELAMATKAN ANAK KUCING TERPERANGKAP BELAKANG DASHBOARD

Sekumpulan mekanik dari sebuah premis pengedar kereta di Utah, Amerika Syarikat (AS) meleraikan papan pemuka kenderaan seorang wanita bagi menyelamatkan anak kucing.

Difahamkan, anak kucing berkenaan telah memasuki ruang dalam papan pemuka kenderaan terbabit sehingga terperangkap.

Menurut penasihat perkhidmatan  Tim Dahle Nissan di Murray, John Chambers-Thieling, pemilik kenderaan telah menghubungi kedai pengedar kenderaan itu sama ada mereka boleh membantu dalam menyelamatkan anak kucing terperangkap di dalam papan pemuka.

“Dalam bidang tugas saya, kita tidak mengetahui apa yang akan berlaku.

“Saya menerima panggilan daripada seorang wanita yang tidak keruan pada pagi tadi. Dia memaklumkan bahawa anak kucing yang diselamatkan mereka terperangkap di bahagian belakang papan pemuka kereta,” katanya dalam laman Facebook.

Chambers-Thieling turut membuat hantaran video di laman social menunjukkan para mekanik meleraikan bahagian papan pemuka bagi memastikan anak kucing terbabit dapat diselamatkan sekali gus diserahkan kepada pemiliknya. – agensi.

Google ads
Back to top button