Buletin

PANAS! FOTO INTIPAN KOKPIT PROTON SAGA FACELIFT

Menjelang pelancaran Proton Saga versi facelift yang dijadualkan tidak lama lagi, semakin banyak imej dan foto render muncul di laman media sosial.

Dalam rangkaian model Proton generasi baharu, hanya Saga yang belum mendapat versi facelift sepertimana Persona, Iriz dan Exora. Dan sejak bekerjasama dengan Geely, ketiga-tiga model ini mendapat sentuhan teknologi infotainment yang dibekalkan oleh pihak Geely.

Nampaknya Saga juga tidak mahu ketinggalan. Meskipun berada pada hierarki paling rendah dan merupakan sedan paling murah dalam pasaran, Proton tidak mahu ia ketinggalan.

Buat pertama kalinya, foto bahagian dalaman model ini dapat dilihat dengan jelas seperti yang dikongsikan laman web rakan media kami automachi.com.

Seperti yang dijangkakan, papan instrumentasi Saga baharu ini telah direka semula di bahagian konsol tengah. Ia kini hadir dengan skrin jenis terapung dengan fungsi skrin sesentuh sebagaimana saudara Protonnya yang lain.

Besar kemungkinan juga ia akan dilengkapi dengan ciri-ciri Hi Proton yang membolehkan pemandu berkomunikasi dengan peranti hiburan tersebut.

Bagaimanapun, dalam foto ini tidak kelihatan suis penghidup (push start) dan berkemungkinan juga ia masih menggunakan pemutar kunci untuk menghidupkan enjin seperti model sedia ada.

2019 Proton Saga built-in exposure, really has a stand-alone touch screen host!

Di atas ialah gambaran bahagian luaran seperti yang diimaginasikan oleh pakar render tempatan, The Ajerul. Ia dibuat berdasarkan kepada beberapa spyshot yang pernah muncul di jalanan sebelum ini.

DRL (Daytime Running Light) Saga baru akan berada pada kedudukan lampu kabus (sama seperti Iriz dan Persona) sementara jeriji hadapannya dibayangkan dengan gaya infinity wave.

Harga?

Jika Iriz, Persona dan Exora mendapat harga baru yang jauh lebih murah berbanding ketika dilancarkan, mengapa tidak Saga?

Jangkaan kami, Saga akan dijual bermula pada harga di bawah RM30,000. Ya. Ia strategi perang harga terkini oleh Proton buat masa ini.

Tags
Google ads
Back to top button