Buletin

JAECOO KINI DIKENALI SEBAGAI OMODA ꟾ JAECOO. TIDAK PERLU KONFIUS LAGI

JAECOO meraikan ulang tahun pertamanya pada acara Malaysia Autoshow 2025 (MAS2025) dengan memperkenalkan imej jenama yang serba baharu. Kini, jenama tersebut akan dikenali sebagai OMODA ꟾ JAECOO.

Jenama itu merekod prestasi memberangsang sepanjang tahun lalu dengan mencatat permintaan sehingga 12,000 pendaftaran untuk model SUV ICE dan hibrid. Selain membina rangkaian strategik sebanyak 45 pengedar sah untuk menyokong para pelanggan yang semakin meningkat. 

Di peringkat antarabangsa, jenama OMODA ꟾ JAECOO telah berjaya bertapak di 42 negara dan wilayah, membuka lebih 1,300 bilik pameran global dan diyakini oleh 500,000 pengguna.

Sempena pelancaran jenama baharu itu, OMODA ꟾ JAECOO melakukan debut model OMODA C7 yang dijangka menjadi pesaing sengit dalam crossover segmen C di Malaysia.

Dalam usaha untuk terus berkongsi potensi wawasan Kenderaan Tenaga Baharu (NEV), OMODA ꟾ JAECOO telah menganjurkan sesi perkongsian ilmu khas di MAS2025 yang diterajui oleh Ketua Jurutera Pengurusan Pembangunan Produk dan Pengarah Institut Prapenyelidikan dan Seni Bina Kenderaan dari Chery Automobile Co. Ltd., Dr. David Xianqiang Lu. Dr. Lu dikenali sebagai pelopor teknologi Super Hybrid System (SHS).

SHS, yang telah diperkenalkan di Malaysia dengan pelancaran J7 PHEV, membawakan kelebihan dari segi prestasi dan penjimatan minyak.

Kenderaan berpacuan SHS telah diuji oleh OMODA ꟾ JAECOO di Malaysia serta di merata dunia, dan tampil membuktikan keupayaan konsisten dalam menempuh jarak sejauh lebih daripada 1,300 km berbekalkan satu tangki minyak penuh dan bateri cas penuh.

Sempena MAS2025, orang ramai boleh meninjau sendiri dan memandu uji rangkaian SUV sedia ada OMODA ꟾ JAECOO termasuk JAECOO J7, J7 PHEV dan OMODA 9. MAS2025 juga memberi peluang kepada orang ramai untuk memandu uji SUV JAECOO J8 sejak pratonton yang dianjurkan pada bulan Mac lalu.

Pelanggan yang membuat tempahan bagi JAECOO J7 AWD dan 2WD di MAS2025 akan diberi pilihan sama ada menerima servis percuma untuk tempoh lima tahun pertama atau kadar pinjaman menarik pada 0.8 peratus.

Tempahan bagi JAECOO J7 PHEV pula akan disertakan waranti enjin dan bateri voltan tinggi lanjutan selama 10-tahun* atau sehingga 1,000,000km*. 

Semua tempahan yang dibuat di MAS2025 layak menerima kad OMODA ꟾ JAECOOTouch ‘n Go edisi terhad. (Tertakluk kepada terma dan syarat).

Google ads
Back to top button