Buletin

CROSSOVER ELEGAN OMODA C7: PERPADUAN PRESTASI DAN GAYA MODEN

OMODA C7, crossover terbaru dari jenama OMODA, tampil dengan reka bentuk yang memikat dan teknologi canggih, menjadikannya pilihan utama dalam segmennya.

Diperkenalkan dengan bahasa reka bentuk ART IN MOTION X, OMODA C7 mempersembahkan garis-garis berbentuk X yang dinamik, mengalir dari hadapan ke sisi badan, memberikan kesan elegan namun berani.

Selain itu, setiap lekukannya menggambarkan visi futuristik yang bukan sahaja moden tetapi juga penuh gaya.

Kenderaan ini dilengkapi dengan postur yang menarik, dengan bahagian hadapan lebih rendah dan belakang lebih tinggi. Rekaan ini memberikan gambaran bahawa OMODA C7 sentiasa bersedia untuk meluncur dengan kelajuan tinggi, sekaligus memberikan pengendalian lebih baik.

Di bahagian dalam, OMODA C7 menawarkan pengalaman teknologi luar biasa dengan skrin Star-rail Sliding 15.6-inci, satu-satunya dalam kelasnya.

Menurutnya, skrin ini boleh bergerak lancar, memaparkan ciri-ciri NEO Intelligence yang memudahkan interaksi dan navigasi pengguna.

Selain itu, kabin OMODA C7 turut diperkaya dengan ciri VIP yang menonjol. Kabin yang sangat senyap membolehkan penumpang menikmati perjalanan tanpa gangguan bunyi luar.

Bagi mereka yang mencari keselesaan tambahan, kerusi penumpang depan dengan fungsi urutan turut menjadi nilai tambah untuk memberi keselesaan sepanjang perjalanan.

OMODA C7 bukan sahaja menawarkan rekabentuk dan keselesaan, tetapi juga prestasi yang luar biasa.

Varian super hybrid OMODA C7 SHS memecahkan rekod prestasi dengan jarak pemanduan sehingga 1,457km, satu pencapaian luar biasa dalam kategori SUV hibrid.

Dengan kombinasi reka bentuk menawan dan teknologi hibrid yang canggih, OMODA C7 menetapkan satu piawaian baru dalam dunia crossover premium.

Dengan sasaran untuk memimpin pasaran pada 2025, OMODA C7 adalah pilihan tepat bagi mereka yang mengutamakan gaya hidup premium serta keselesaan dalam setiap perjalanan.

Google ads
Back to top button