" "
Buletin

JAECOO MALAYSIA RASMI BUKA PUSAT 3S DI PJ MIDTOWN

JAECOO Malaysia baru-baru ini telah merasmikan pusat pengedaran JAECOO 3S PJ Midtown yang dikendalikan oleh EVENERGY Auto Sdn Bhd.

Dalam majlis perasmian, Naib Presiden JAECOO Malaysia, Emily Lek, menegaskan bahawa pembukaan pusat ini adalah sebahagian daripada usaha JAECOO untuk lebih mendekati pelanggan serta memperkukuh kedudukan jenama sebagai peneraju SUV off-road premium di Malaysia.

Pusat pengedaran ini menawarkan kemudahan 3S (Sales, Service & Spare Parts) dan sebuah pusat servis dengan keluasan keseluruhan 6,000 kaki persegi.

Lokasinya yang strategik di Seksyen 13, Petaling Jaya, membolehkannya memenuhi keperluan pelanggan dari kawasan sekitar seperti Bandar Utama, Damansara, Mont Kiara, Hartamas, Bangsar, TTDI dan Petaling Jaya.

Untuk makluman, pusat pengedaran ini mempamerkan barisan SUV premium JAECOO, termasuk JAECOO J7 dan C9 dalam varian AWD dan 2WD.

Dengan jangkaan lebih 300 pengunjung setiap bulan, pusat ini dikendalikan oleh pasukan penasihat jualan profesional yang bersedia untuk memberi penerangan produk dan mengatur sesi pandu uji.

Selain itu, pelanggan juga boleh menikmati ruang lounge eksklusif, lengkap dengan akses internet berkelajuan tinggi, kemudahan kopi dan teh, serta suasana moden.

Tambahan pula, kemudahan valet parking percuma turut disediakan untuk kemudahan pelanggan.

Bagi kemudahan servis pula, ia terletak di Sea Park, hanya 10 minit pemanduan dari showroom PJ Midtown.

Pusat servis ini menawarkan lima ruang servis yang dilengkapi peralatan moden, gudang alat ganti asli JAECOO dan lokasi berhampiran pelbagai pilihan F&B popular.

Untuk maklumat lanjut mengenai JAECOO Malaysia, layari www.jaecoo.com.my atau ikuti saluran media sosial rasmi JAECOO Malaysia.

Google ads
Back to top button