Buletin

JARINGAN KERETAPI LAJU CHINA CAPAI REKOD BARU 40,000 KM!

China kini mencatatkan rekod baharu di mana jaringan keretapi laju negara itu kini menyamai jarak garis Khatulistiwa bumi, iaitu sepanjang hampir 40,000 km.

Laluan keretapi berkelajuan 350 km/j yang baru dibuka itu menghubungkan Anqing di Wilayah Anhui timur China dengan Jiujang di Wilayah Jiangxi.

Syarikat pembangun projek tersebut, China Tiesiju Civil Engineering Group memberitahu Global Times, laluan sepanjang 176 km itu dibina merentasi sungai, tasik, laluan urban serta landasan keretapi yang lain, selain menempuh pelbagai cabaran dan risiko sepanjang pembinaan tersebut.

Dengan adanya laluan baharu itu, ia mampu memendekkan jarak perjalanan sejauh empat jam dari Nanchang di Jiangxi ke Hefei di Anhui kepada dua jam sahaja.

Sebagai makluman, seksyen keretapi laju Anqing-Jiujiang merupakan sebahagian daripada jaringan keretapi berkelajuan tinggi yang menghubungkan Beijing dan juga Hong Kong.

Sumber: Global Times

Google ads
Back to top button