Artikel Pilihan

INI SYARAT-SYARAT UNTUK MEMANDU DI KAWASAN BERISIKO TINGGI.

Pernahkah anda menonton cerita Deepwater Horizon? Filem ini berkisar pada kemalangan industri minyak dan gas yang berlaku pada tahun 2010 di kawasan laut Louisiana. Kemalangan ini disebabkan oleh beberapa isu teknikal rekaan dan pengabaian aspek keselamatan oleh kontraktor dan pemilik offshore drilling unit menyebabkan 11 kematian dan 17 kecederaan.

Kemalangan ini boleh dikatakan antara kemalangan industri yang terburuk berlaku dalam sektor gas dan petroleum dengan mengakibatkan pencemaran minyak mentah yang sangat teruk dan menyebabkan kerugian 65 billion usd kepada BP termasuk ganti rugi, denda, penalti dan kos pembersihan sisa hidrokarbon.

Jadi kalau anda boleh didenda kerana merokok di stesen minyak, terdapat peraturan yang sangat ketat untuk anda memasuki kompleks pemprosesan petroleum di negara kita. Kami senaraikan beberapa peraturan umum untuk pengetahuan anda jika anda perlu memandu dan memasuki kompleks ini.

1. Bagi kontraktor yang menjalankan tugas di kompleks ini, hanya ada 3 jenis kenderaan sahaja yang sesuai untuk memasuki kawasan industri samaada MPV, SUV ataupun kenderaan pacuan 4 roda. Bagi 4×4 dan SUV, ia dibenarkan memasuki kawasan yang tidak berturap dan tidak memiliki permukaan jalan yang baik.

2. Semua kenderaan yang memasuki kawasan kompleks perlu dipasang dengan “spark arrestor” di hujung bahagian ekzos. Alat ini dipasang bagi memerangkap atau memusnahkan partikel asap daripada enjin bagi mengurangkan risiko kebakaran dan letupan.

3. Ada juga sesetengah pusat industri memerlukan anda memasang “reverse buzzer” pada kenderaan. Alat ini akan membunyikan amaran yang kuat dan berulang kali ketika kenderaan sedang diundurkan. Ini sedikit sebanyak memberi amaran kepada pejalan kaki dan kenderaan lain

4. Bergantung kepada risiko kawasan dan pergerakan kenderaa, kompleks pemprosesan petroleum memiliki halaju yang ditetapkan samaada 40km/j, 30km/j atau 25km/j. Jika pemandu kontraktor didapati bersalah melanggar halaju ini, mereka boleh dilarang memasuki kawasan kompleks selama 7 hari selain didenda dengan penaliti yang wajib dibayar.

5. Denda yang perlu dibayar ialah RM 150 bagi setiap kesalahan. Jika kesalahan dibuat kali kedua, pemandu akan dilarang memandu di kawasan kompleks sehingga 30 hari dan kesalahan kali ke 3 menyebabkan mereka diharamkan terus memandu dan bekerja di kawasan kompleks.

6. Jangan risau pergerakan anda dan halaju diperhatikan 24 jam dengan menggunakan kamera keselamatan resolusi tinggi. Terdapat juga pegawai keselamatan bertugas yang akan memastikan semua pemandu mematuhi halaju yang ditetapkan. Konsep mereka ialah ZETO (zero tolerance) terhadap semua tingkah laku yang menyebabkan risiko kemalangan

pemeriksaan Puspakom biasa dibuat on site

7. Sebelum dibenarkan masuk, semua pelawat dan pemandu wajib menduduki ceramah keselamatan termasuklah pelawat dari luar. Bagi pemandu tetap yang memandu di dalam kompleks, mereka perlu menduduki ujian dan lulus dengan markah minima yang ditetapkan.

8. Pemandu juga perlu memiliki CIDB Green Card sebelum dibenarkan masuk bekerja di kawasan kompleks. Untuk tambahan, pemandu di kawasan ini perlu memiliki lesen PSV jika membawa penumpang / bos masuk ke kawasan kompleks

9. Kenderaan yang digunakan oleh kontraktor pula wajib menjalani pemeriksaan 10 poin secara berkala dengan Puspakom setiap 6 bulan bagi memeriksa tahap kualiti kenderaan agar berada dalam keadaan sempurna

10. Bagi pelawat yang jarang-jarang masuk ke kawasan kompleks, kedatangan mereka ke kawasan kompleks biasanya sudah diatur lebih awal dan diluluskan oleh pihak keselamatan. Mereka wajib memakai pas keselamatan dan hanya boleh memasuki kawasan yang telah ditetapkan sahaja

Ok ini adalah sedikit sebanyak input yang penulis dapat daripada rakan penulis yang bertugas sebagai pemandu di selatan tanah air. Ya walaupun tugas memandu ini nampak mudah, tapi aspek keselamatan amat dititikberatkan bagi mengelakkan kejadian buruk berlaku.

Google ads
Back to top button