Artikel Pilihan

JDM FIGHTER 1.0 – FIGHT’S ON BABEH

Satu acara permotoran baharu telah diadakan di Litar Permotoran Gong Badak, Kuala Terengganu hujung minggu lepas. Ia dinamakan JDM Fighter (bukan faiter ye abang-abang) dan berjaya mengumpulkan lebih kurang 3,000 unit kereta-kereta JDM (Japan Domestic Market). Ya ini acara khusus untuk kereta-kereta yang dipasarkan di Jepun tak kiralah dari apa jenama sekali pun.

Acara julung kali diadakan ini juga menawarkan hadiah utama cabutan bertuah yang mampu membuatkan kaki-kaki kereta menitiskan air liur. Yaa… ianya berupa sebuah Subaru Impreza WRX STi Version 8. Ini baru hadiah tuan-tuan. Barulah pemenang terasa betul-betul bertuah. Ke guaner sek mung? Nak bagi hadiah kena la ikhlas deh.

Hampir 8,000 pengunjung membanjiri acara ini untuk melihat sendiri kehebatan kereta-kereta lagenda Jepun yang turut hadir memperagakan diri masing-masing. Antara yang menarik perhatian ialah Nissan R34 GT-R, Honda NSX, Mazda RX-7 dan Toyota Supra MK4. Model-model lain seperti Lancer Evo, Impreza dan Silvia tak payah cerita. Memang banyak wei. Jenuh nak ambil gambar satu-satu. Honda? Type R ori? Copy oriSemua ada boh.

Oh lupa pulak. Hadiah utama Subaru WRX tersebut dimenangi oleh seorang pemuda bernama Azmi yang berasal dari Kelantan tapi menetap di Johor Bharu. Tahniah abe dio ter. Rezeki demo bey. Datang pandu Wira tapi pulang bergaya dengan Subaru Impreza WRX STi.

Memang meriah habis la acara sulung JDM Fighter ni. Kalau tak sempat pergi kali ini kita tunggu je JDM Fighter 2.0. Mana tahu ada hadiah GTR ke lepas ni. Jangan lupa bawa anak isteri sekali barulah meriah.

Kredit gambar kepada Shah Bahulu dan Adam Photography. Kalau korang nak tengok gambar lain pergi je ke laman FB Adam Photography.

DCIM100MEDIADJI_0845.JPG
Google ads
Back to top button