
JDM (JAPANESE DRIFT MASTER) – PERMAINAN VIDEO PERLUMBAAN BAHARU AKAN DILANCARKAN
Satu permainan video perlumbaan baharu bakal dilancarkan dan ia dikatakan setanding dengan Tokyo Xtreme Racer. Bezanya permainan baharu ini lebih berfokus kepada perlumbaan drift dan bukannya perlumbaan jalan raya biasa. Selain namanya yang menarik ia juga bakal menghiburkan dengan kereta-kereta JDM yang cukup terkenal.

JDM disifatkan sebagai permainan perlumbaan simcade dengan pilihan kereta yag cukup banyak. Kereta-kereta tersebut juga boleh diubahsuai termasuklah model-model klasik seprti S30 Z dan GT-R Hako.
Video promosi permainan ini menampilkan model-model ikon 80 an seperti AE86, S13 dan Miata. Selain daripada itu terdapat juga model-model popular lain seperti RX-7 FD, Supra A-80, S15 dan R34 GT-R. Model-model baharu seperti BRZ turut membuat penampilan.

Nampaknya pengeluar permainan ini, Gaming Factory berjaya memperolehi lesen daripada Nissan, Mazda dan Subaru tetapi kelibat model-model lain tidak kelihatan.
Selain kereta-kereta popular, permainan ini turut menampilkan latar belakang jalan raya Jepun yang cukup menarik. Jalan-jalan di kawasan pergunungan memang sangat sesuai untuk kaki-kaki drift.
Aksi drift mungkin tidak sempurna seperti dunia sebenar tapi sekurang-kurangnya ia memudahkan perjalanan permainan. Buat susah-susah sampai main pun rasa sakit hati buat apa?