Buletin

JEEP CHEROKEE PERLU CARI NAMA LAIN. KETUA PUAK SUKU ASLI AMERIKA MINTA HENTIKAN GUNA NAMA

Syarikat Jeep yang satu ketika dulu terkenal kerana menghasilkan kenderaan yang popular untuk kegunaan tentera sewaktu perang dunia kedua bagi pasukan Amerika berhadapan dengan satu detik mencabar minggu ini. Mereka perlu mencari nama lain bagi 2 model SUV popular mereka iaitu Jeep Cherokee dan Grand Cherokeen

Berikutan dengan gerakan Black Lives Matter yang tercetus pada tahun 2020 menyaksikan Principal Chief of Cherokee Nation, Chuck Hoskin meminta Stellantis menghentikan penggunaan nama puas orang asli Amerika itu pada model kenderaan mereka

Chuck Hoskin menyatakan “Saya merasakan sudah tiba waktu dan ketika di negara ini, pihak komersial dan juga pasukan pemain bola professional menghentikan penggunaan nama natif Amerika, imej dan juga maskot daripada produk, baju sukan dan juga apa sahaja berkaitan dengan aktiviti yang mengaut keuntungan”

“Kami pasti yang niat asal mereka sebenarnya baik, tapi ia seperti tidak menghormati puak natif Amerika dengan meletakkan nama Cherokee pada badan kereta. Cara terbaik untuk menghormati puak Cherokee ialah dengan belajar bahasa Cherokee, peranan Cherokee dalam pembangunan Amerika, budaya dan juga mengadakan dialog terbuka dengan kami” ujar Chuck Hoskin

Dalam satu kenyataan balas Jeep menyatakan”nama kenderaan kami telah dipilih dengan teliti untuk menghargai puak Cherokee disebabkan kemuliaan, kehebatan dan kebanggaan puak Cherokee. Namun kami akan komited untuk memenuhi dan menghormati tuntutan Cherokee Nation.

Jeep telah menggunakan nama Cherokee selama lebih daripada 40 tahun dalam penjenamaan SUV lasak mereka bermula daripada tahun 1974 lagi. Untuk pengetahuan pembaca, puak natif Amerika Cherokee adalah penduduk asal benua Amerika dan sehingga 800 ribu bangsa Cherokee telah berkembang dan berintegrasi dalam negara Amerika.

Google ads
Back to top button