
HONDA WAVE 125i 2021. ENJIN EURO4, 3 PILIHAN WARNA, BERMULA RM6,499 SEUNIT
Boon Siew Honda baru sahaja memperkenalkan model kapcai popular di Malaysia, Honda Wave 125i.
Apa yang menarik, kapcai itu dilengkapi enjin empat lejang bersesaran 124.9 cc dengan sistem pancitan bahan api PGM-Fi yang mematuhi piawaian emisi Euro4.
Enjin berkuasa 9.07hp dan tork 10.1Nm itu juga terkenal kerana penggunaan bahan api yang cukup menjimatkan.
Sejak dahulu lagi, kapcai tersebut menjadi pilihan pengguna motosikal tempatan. Anda boleh memilih salah satu daripada tiga warna iaitu emas metalik, merah dan biru mutiara.

Selari dengan usaha Boon Siew Honda untuk memberi kepuasan kepada pelanggannya, Honda Wave 125i didatangkan dengan rekaan luaran yang dinamik dan premium.
Semua itu diserlahkan menerusi kombinasi warna dan rekaan grafik. Sebagai sebuah model baharu, jentera itu turut didatangkan dengan rekaan meter lebih segar.
Honda Wave 125i menawarkan ruang penyimpanan barang seluas 18 liter, lampu utama LED serta brek cakera pada roda hadapan dan belakang.

Kapasiti tangki 5.4 liter pula mampu memberikan jarak perjalanan lebih jauh tanpa perlu kerap mengisi minyak. Kapcai itu juga dipasang dengan rim bersaiz 17 inci.
Ia akan berada di pengedar sah Honda bermula 5 Mac depan dan ditawarkan pada harga RM6,499 (tidak termasuk cukai jalan, insurans dan yuran pendaftaran).
- BACA: AVETA LANCAR KAPCAI VS110. SASAR JUALAN 5,000 UNIT SEPANJANG 2021, BERMULA RM3,588
- BACA: LIFAN CUB-ADV 125. GABUNGAN KAPCAI DAN MOTOSIKAL ADVENTURE YANG SERUPA LIPAN
- BACA: RATO SVR180. KAPCAI CHINA, REKAAN MACAM HONDA WINNER X
- BACA: HONDA CT125 HUNTER CUB – KAPCAI JADI SCRAMBLER
GALERI