
JIMAT DAN KILATKAN KERETA ANDA DENGAN WIFEY AUTOCARE. 6 ITEM CUMA RM88 SAHAJA!
Tengah cari produk penjagaan kereta pada harga berbaloi tetapi berkualiti tinggi? Berita baik buat anda, kerana jenama tempatan yang dikenali sebagai WIFEY pasti boleh memenuhi keperluan tersebut.
Menurut syarikat berkenaan, nama WIFEY diambil sebab macam wife (isteri) yang jaga kereta dengan penuh kasih sayang. Mereka mengambil masa selama tiga tahun untuk membangunkan produk tersebut.
Hadir dalam enam produk berbeza dengan prestasi terbaik, anda harus cuba dahulu untuk mempercayainya.

WIFEY PREMIUM BODY CAR SHAMPOO. 950ml (RM21.90)
Ini merupakan syampu kereta 2 dalam 1 yang berfungsi untuk mencuci kotoran dan mengilat (wax). Ia diadun bersama Carnauba Wax dari Eropah yang diproses supaya boleh larut dalam air.
Hasilnya, ia memberikan efek hydrophobic (air tak lekat) dan anti pancaran UV pada permukaan kereta. Manakala bahan polimer yang dibawa dari Jepun membuatkan kilat pada cat tahan lebih lama
Berbanding jenama murah yang lain, ia syampu semata-mata. Jika yang mahal sedikit, ia mengandungi sedikit polimer tetapi tiada wax. Harus tahu bahawa ini ialah formulasi yang dibangunkan sendiri oleh WIFEY. Lebih menarik lagi, cecair tersebut berbau wangi seperti buah peach.
Malah, tahap pH yang seimbang tidak memberi kesan negatif pada cat dan tangan anda.

WIFEY HYPER TYRE SILICONE. 500ml (RM28.90)
Kilatkan tayar anda dengan produk ini yang memiliki tahap kelikatan tinggi dan tahan lama walaupun kena hujan.
Tiga kali lebih berkilat, ia mengandungi material dari pengeluar silikon terkenal dari Eropah dengan gred 12,000 cSt (centistokes). Sedangkan jenama lain cuma ada 1,000 cSt sahaja.
Biarpun begitu, produk ini tidak merekahkan dan membuatkan tayar jadi lebih lembut.

WIFEY RAINNEX PLUS SPRAY. 350ml (RM25.90)
Sangat sesuai digunakan pada masa sekarang yang cuaca hujan panas tidak menentu. Semburan pada cermin utama itu tidak berkabus dan mudah digunakan.
Selain tidak meninggalkan kesan air (watermark), penggunaan WIFEY Rainnex Plus Spray juga tidak menyebabkan wifer berbunyi ketika beroperasi.
Lebih istimewa, ia menjadi produk pertama seumpamanya di pasaran yang hadir dengan ciri semburan. Untuk kesan terbaik, guna sekali seminggu dalam tempoh beberapa bulan sebelum kekerapan itu dikurangkan.

WIFEY CAR BODY LOTION. 350ml (RM19.90)
Sama seperti water wax, produk ini tinggal meninggalkan sisa atau residue selepas digunakan. Fungsinya adalah untuk mengilat, melindungi dan mencantikkan lagi cat kereta anda.
Selain memberi kesan hydrophobic, lapisan coating yang ditawarkan juga tahan lebih lama. Boleh bertahan sehingga 3 kali basuhan, anda hanya perlu sembur dan lap untuk menggunakannya.
Sebelum guna, bersihkan kotoran atau habuk pada permukaan kereta terlebih dahulu. Untuk kesan yang lebih baik, gunakan WIFEY Premium Car Body Syampoo untuk membasuh kereta.

WIFEY INTERIOR CLEANER & DETAILING. 350ml (RM19.90)
Luar dah cantik, bahagian dalaman kereta pun kenalah bersih juga. Produk ini sesuai untuk menghilangkan kotoran pada fabrik dan plastik. Sifatnya yang tidak berminyak, tiada toksik dan ammonia menjadikan produk ini lebih selamat.
Menawarkan tahap 8 hingga 9ph, plastik boleh nampak baru apabila disembur dengan semburan kemasan matte ini. Masih anti UV, namun ia tidaklah sekuat WIFEY Interior Protectant

WIFEY INTERIOR PROTECTANT. 350ml (RM14.50)
Kelihatan macam pengilat tayar, tetapi ia tidak melekat dan berkilat. Dengan manfaat anti-UV, penggunaan WIFEY Interior Protectant ni membuatkan kemasan dalaman kereta tidak mudah merekah dan nampak seperti baharu.
Produk ini sesuai digunakan pada kulit, papan pemuka, PU dan plastik, tetapi jangan guna pada fabrik pula.
Berasaskan kepada air, WIFEY Interior Protectant mampu menghilangkan kesan degil, kesan degil dan habuk. Berbau wangi, ia boleh digunakan seminggu sekali sahaja.

TAWARAN BUNDLE
Kini anda boleh mendapatkan enam item yang telah dijelaskan di atas pada harga RM88 sahaja! Harga asal RM141 tau. Banyak jimat.
Jika berminat, promosi ini bermula 15 Julai hingga 14 Ogos 2022. Anda boleh mendapatkan produk WIFEY di pautan INI.
Cuma, jangan lupa masukkan kod promo MEKANIKA88 untuk mendapat tawaran hebat ini. Tunggu apa lagi? Beli sekarang!

