Buletin

SUZUKI LANCAR GRAND VITARA 2023 DI INDIA. TAK NAK BAWA MASUK SINI KE?

Suzuki akhirnya memperkenalkan SUV kompak Grand Vitara dengan rangkaian kuasa mild-hybrid dan hibrid, selepas Toyota memperkenalkan model kembarnya Urban Cruiser Hyryder di pasaran India. 

Bakal dieksport ke negara lain seperti Afrika, Grand Vitara 2023 tampil dengan rekaan bentuk luaran yang menarik. Antaranya ialah lampu utama dan DRL nipis yang terpisah, gril radiator besar bersama kemasan krom atau hitam dan corong pengambilan udara pada bahagian bawah bampar. 

Bahagian belakang pula diserlahkan dengan rekaan lampu LED melintang yang nipis. Di samping arca roda berwarna hitam untuk memberikannya penampilan lebih rugged. 

Vitara mempunyai dimensi 4,345mm panjang, 1,795mm lebar, 1,645mm tinggi dengan tapak roda 2,600mm. Tapak roda itu sebenarnya sama dengan Suzuki S-Cross yang dibangunkan di atas platfirm Global C Suzuki TECT.  

Ruang kabinnya bagaimanapun tidak jauh berbeza dengan Toyota Hyryder, kecuali kombinasi warna dan emblem Suzuki. Suzuki memilih upholsteri kulit sintetik dengan gabungan warna hitam dan burgundy pada papan pemuka, panel pintu dan tempat duduk. Pilihan kemasan berwarna hitam turut ditawarkan. 

Konsol tengah yang dihuni oleh butang kawalan pendingin hawa dua zon itu pula diserlahkan dengan kemasan aluminium. SUV itu didatangkan dengan skrin sentuh bersaiz 9 inci dengan ciri Suzuki Connect dan arahan suara. Untuk varian tertinggi, skrin tersebut digabungkan dengan kluster instrumen digital bersaiz 7 inci dan head-up display. 

Ciri-ciri menarik lain yang ada pada Toyota Hyryder seperti bumbung panoramik, pengecasan tanpa wayar, tampat duduk ventilasi sistem audio premium, kamera 360 darjah  dan corong pendingin hawa belakang bagaimanapun tiada pada Grand Vitara. Dari segi keselamatan pula, ia dilengkapi enam beg udara, Hill Descent Control dan banyak lagi. 

Grand Vitara ditawarkan dengan dua enjin iaitu Progressive Smart Hybrid yang menggabungkan enjin k-series Dual Jet VVT 1.5 liter bersama sistem ISG 12 voltdab bateri 6Ah Li-ion. Mampu menghasilkan kuasa sekitar 101hp dan tork 135Nm, ia dipadankan dengan kotak gear manual lima kelajuan atau automatik enam kelajuan bersama paddle shifter serta pacuan hadapan atau semua roda AllGrip. Di samping 

Enjin kedua ialah rangkaian hibrid penuh yang dikenali sebagai Electric Drive. Sistem yang diambil daripada Toyota itu menggunakan enjin 1.5 liter, nmotor elektrik, ISg dan bateri lithium-ion lebih besar yang mampu menjana kuasa 114hp dan tork 141Nm. 

Pemandu boleh memilih daripada empat mode pemanduan iaitu EV, Eco, Power dan Normal. Walaupun ia merupakan sistem sistem pengecasan sendiri, ia mampu bergerak sejauh sehingga 25 kilometer dengan kuasa elektrik sepenuhnya. 

Grand Vitara akan dipasang di kilang Toyota di Kartanaka, India bersama-sama Toyota Hyryder. Di India, jentera tersebut bersaing secara langsung dengan model-model seperti Hyundai Creta dan Skoda Kushaq.

GALERI

Google ads
Back to top button