Buletin

SUZUKI, DAIHATSU SERTAI TOYOTA UNTUK BANGUNKAN EV KOMPAK

Pembuat kereta kompak, Suzuki Motor Corp. dan Daihatsu Motor Co. mengumumkan bahawa mereka akan menyertai inisiatif yang diketuai oleh Toyota Corp. dalam usaha mempercepatkan penghasilkan kenderaan elektrik secara komersial. 

Suzuki dan Daihatsu akan menguasai 10 peratus saham dalam syarikat kerjasama yang dikenali sebagai Commercial Japan Partnership Technologies Corp., sama seperti Isuzu Motor dan Hino Motors. Manakala Toyota memegang 60 peratus kepentingan saham. 

Syarikat JV itu berperanan untuk mempromosikan kenderaan berautonomi, terhubung dan kereta elektrik. Semua syarikat itu juga mahu bekerjasama dalam membina infratruktur untuk kereta terhubung dan berkongsi teknologi elektrifikasi.

Perkembangan tersebut hadir selepas pengeluar kenderaan Jepun berdepan saingan sengit daripada firma teknologi dan pesaingnya dalam membangunkan EV serta kereta berautonomi. 

Google ads
Back to top button