AUSTIN HEALEY MK II UNTUK DIJUAL. KAYA PUN BELUM TENTU BOLEH BELI NI.
Hasil pencarian di alam maya (dibaca : aktiviti meng-Google), entah macam mana BK terjumpa sebuah model yang kelihatan cukup klasik untuk dijual. Tapi minta maaf cakap, model yang untuk dijual ini berada di negara Seberang Tambak. Model yang dimaksudkan adalah Austin Healey MK II.
Dan BK cukup yakin, tidak ramai yang mengetahui tentang asal usul model Austin Healey MK II ini. Austin Healey ini sebenarnya merupakan sebuah firma pembuatan kenderaan yang mengkhususkan model kereta sports hasil daripada kerjasama diantara Austin (Divisyen Motorsport oleh British Motor Corporation) dan juga Donald Healey Motor Company.
Kiranya jenama Austin Healey ini antara merupakan khazanah permotoran milik British. Tapi kini ianya tidak lagi dimiliki oleh British. Plat nama Austin kini dimiliki oleh Nanjing setelah memiliki aset MG Rover Group.
Seperti model yang BK kongsikan ini, ianya model keluaran tahub 1963 yang mana telah melalui proses restorasi yang lengkap luar dan dalam. Dengar kata, Ianya telah disiapkan pada tahun 2019 yang lalu oleh JME Healey yang juga merupakan bekas Healey Motor Corp. Kerja – kerja restorasi yang dijalan meliputi beberapa perkakasan baharu seperti bonet, electronic ignition dan juga kerja – kerja peng-krom-an semula di bahagian luar
Manakala di bahagian luaran, Austin Healey MK II ini telah dilayangkan dengan warna Gun Metal Grey yang kelihatannya cukup kena dengan kereta sports klasik ini. Ruangan dalaman pula telah menerima kemasan kulit berwarna biru meliputi tempat duduk dan juga panel pintu. Oh ya, suka untuk BK kongsikan bahawa model ini merupakan model yang didatangkan dengan konfigurasi empat tempat duduk (2+2). Setakat anak kecil rasanya tiada masalah untuk menumpang di bahagian belakang.
Austin Healey MK II menggunakan enjin yang bersesaran 3.0 liter sebagai nadi untuk menggerakan kereta sports convertible ini yang turut dipadankan dengan kotak gear 4 kelajuan manual + gear overdrive. Dengar kata, kelajuan maksimum yang boleh dicapai oleh kereta sports klasik ini boleh mencecah sehingga 185 km/j. Laju juga sebenarnya.
Baiklah. Jadi berapa harga yang boleh dibeli untuk sebuah kereta sports klasik sebegini? Pengerasnya haruslah $200,000. (RM616,722). Lebih setengah juta kalau convert duit kita ni. Tapi tahukah bahawa kereta ini hanya wujud dua init sahaja di Singapura. Dan ini adalah salah satu daripadanya. Fuh!
BACA : TOYOTA COROLLA KE30 SINGAPURA UNTUK DIJUAL. URUT DADA BILA DAPAT TAHU HARGANYA