
KAWASAKI DEDAH ZX-10R DAN ZX-10RR 2023 DIDATANGKAN DENGAN VARIABLE AIR INTAKE
Kawasaki Ninja ZX-10R dan ZX-10RR 2023 kini bakal didatangkan dengan sistem Variable Air Intake (VAI).
Sistem ini terletak di dalam kotak udara motosikal dan mempunyai corong kemasukan boleh alih yang akan melaraskan intake stack.
Fungsi VAI ialah supaya udara sejuk terus masuk ke dalam bahagian intake. Sekali gus udara yang masuk ke dalam kotak penapis boleh disalurkan ke ruang pembakaran.

Dengan VAI, kedua-dua model ini akan memberikan prestasi memuaskan kepada penunggang.
Walau bagaimanapun, Kawasaki menjelaskan bahawa sistem itu tidak tersedia untuk pemilik ZX-10RR yang ingin menggunakan sistem VAI di jalan raya.
Pernah didedahkan sebelum ini, ZX-10RR didatangkan dengan valve springs, camshafts dan piston pins yang berbeza.
Sebagai perbandingan, ZX-10R memiliki titanium connecting rods dan lightweight pistons, di mana kedua-duanya datang daripada Pankl.
Selain itu, terdapat perbezaan lain iaitu tayar Marchesini akan tersedia untuk ZX-10RR, manakala ZX-10R pula dipadankan dengan tayar Pirelli Diablo Supercorsa.
Untuk suspensi, terdapat Balance Free forks 43mm di bahagian hadapan, cakera brek 330mm dan angkup jejari empat omboh (four-piston radial callipers) daripada Brembo. Di belakang pula terdapat penyerap hentakan bercas gas BFRC dengan pra-muatan yang boleh dilaras.
Dari segi kuasa, ZX-10RR mampu menjana sehingga 214 kuasa kuda pada rpm yang lebih tinggi. ZX-10R pula menghasilkan kuasa puncak pada 13,200rpm, manakala output puncak ZX-10RR adalah 14,000rpm.
Harga untuk Kawasaki ZX-10R 2023 ialah AS$17,499 (RM90,705), manakala ZX-10RR 2023 pula berharga AS$25,429 (RM131,810).
- BACA: MOTOSIKAL ELEKTRIK KAWASAKI BAKAL BERADA DI PASARAN TAHUN 2023
- BACA: EMOS TAWAR KHIDMAT TUNDA PERCUMA UNTUK JENTERA KAWASAKI DAN MODENAS REBADGE
- BACA: KAWASAKI NINJA ZX-25R SE KINI DI THAILAND. 50HP, TIADA QUICKSHIFTER, BERMULA RM37K
- BACA: KAWASAKI NINJA ZX-25R PREBIU DI MOTOGP MALAYSIA. LANCAR TAHUN DEPAN, CKD GUNA JENAMA MODENAS, HARGA KOMPETITIF!








