Motosikal

KAWASAKI Z650 S 2026 DIPERKENAL – LEBIH AGRESIF, SKRIN TFT BAHARU

Kawasaki memperkenalkan Z650 S untuk pasaran global yang dinaik taraf dengan teknologi dan ergonomik baharu bagi tahun 2026.

Model keluaran 2026 ini bukan hanya tampil dengan perincian baharu malah turut menawarkan reka bentuk yang lebih segar. 

Ergonomik yang lebih selesa jadi fokus pada Z650 S ini dengan kedudukan penunggang lebih kedepan yang disumbangkan posisi footpeg yang berbeza. Kawasaki turut mengemas kini bahagian tempat duduk dengan kusyen yang lebih baik. 

Kawasaki Z650 S ini juga tampil dengan panel hadapan yang lebih agresif dan memuatkan lampu LED baharu di bahagian depan dan belakang. 

Lebih menarik, Kawasaki melengkapkan naik taraf Z650 S dengan skrin TFT 4.3-inci baharu yang boleh disambungkan ke telefon pintar menerusi aplikasi Rideology. Meter ini menawarkan dua tema tachometer selain skrin bertukar warna dari putih ke hitam mengikut ambien. 

Dalam pada itu, nadi utama Z650 S masih lagi mengekalkan penggunaan enjin parallle-twun 649ccc yang sama terdapat pada Z650 sedia ada, Ninja 650, Z650 RS dan Versys 650. Namun begitu, Kawasaki mendakwa platform berkenaan telah dinaik taraf dengan prestasi tork yang lebih baik pada rpm rendah dan pertengahan. 

Menariknya, Kawasaki turut menawarkan fungsi quickshifter sebagai aksesori tambahan manakala klac assist/slipper ditawarkan secara standard. 

Pakej brek pula dikendalikan cakera berkembar 300mm depan dan 220mm belakang manakala unit ABS baharu dibekalkan Continental.

GALERI: KAWASAKI Z650 S 2026 

Google ads
Back to top button