Buletin

MOTOSIKAL ELEKTRIK KAWASAKI BAKAL BERADA DI PASARAN TAHUN 2023

Pada pameran EICMA di Milan, Presiden Kawasaki Motors Corporation, Hiroshi Ito mendedahkan motosikal elektrik yang direka sama seperti rangkaian Ninja Kawasaki dan ia akan mula dijual pada tahun 2023.

Dari segi penggayaan, ia sama seperti versi prototaip yang didedahkan pada bulan lalu, iaitu dengan gaya reka bentuk Kawasaki ā€˜Zā€™. Konsep diilhamkan dari Ninja itu boleh digunakan oleh pemegang lesen A1.

Kawasaki juga bakal buat kemunculan dengan motosikal hibrid yang dikuasakan oleh kuasa elektrik dan enjin pembakaran dalaman yang boleh dihidupkan secara serentak atau berasingan.

HEV (kenderaan elektrik hibrid) pertama kali dipersembahkan pada perlumbaan Suzuka 8 Hour di Jepun pada musim panas. Kawasaki menjangkakan ia bakal menjadi sebahagian daripada senarai pengeluaran tahun 2024.

Kenderaan lain yang dipamerkan oleh Kawasakki di EICMA termasuklah jentera roda tiga elektrik yang dipanggil “Noslisu” dan motosikal bahan api hidrogen berasaskan Ninja H2.

Motosikal bahan api hidrogen ini menggunakan suntikan terus dan hidrogen gas termampat sebagai bahan api. Namun butiran lanjut mengenai pengeluarannya masih belum didedahkan kepada umum.

Kenderaan elektrik, hibrid dan hidrogen ini adalah sebahagian daripada inisiatif neutraliti karbon ā€˜Go Green with Green Powerā€™ Kawasaki.

Kawasaki bagaimanapun masih kekal komited terhadap enjin pembakaran dalaman dan mencari bahan api alternatif bukan fosil, untuk menjana kuasa enjin tersebut. Selain akan terus menyediakan produk serta perkhidmatan yang mampu memenuhi keperluan pelanggan.

Google ads
Back to top button