Buletin

KAWASAKI NINJA ZX-25R SE KINI DI THAILAND. 50HP, TIADA QUICKSHIFTER, BERMULA RM37K

Kawasaki secara rasmi telah melancarkan Kawasaki Ninja ZX-25R SE untuk pasaran Thailand.

Kawasaki Ninja ZX-25R 2023 untuk pasaran Thailand tampil dengan skim warna tunggal Lime Green / Ebony (KRT Edition) serta beberapa ciri terkini seperti panel instrumen baharu TFT dengan ciri Circuit Mode. Tidak ketinggalan sistem ketersambungan ke telefon pintar dengan aplikasi RIDEOLOGI, lampu LED sepenuhnya dan sistem ekzos rekaan terbaharu yang lebih sporty.

Untuk model tahun 2023, Kawasaki menekankan kemas kini dilakukan untuk mematuhi sekatan emisi di pelbagai bahagian di Asia, termasuk Jepun. Oleh itu, versi SE menampilkan ekzos yang direka bentuk untuk mengurangkan emisi.

Ia turut dilengkapi ciri Assist & Slipper Clutch, KTRC (Kawasaki Traction Control), Power Mode Selection, Centre Ram Air System serta Electronic Throttle Valves.

Dari segi sistem suspensi, ia dipasang dengan fork depan USD 37mm SFF-BP (Separate Function Fork – Big Piston). Ia digandingkan bersama suspensi belakang monoshock Horizontal Back-Link dengan ciri pelarasan prabeban.

Kawasaki Ninja ZX-25R 2023 itu dikuasakan oleh enjin bersesaran 249.8cc dengan teknologi empat silinder sebaris, DOHC, 16 injap serta penyejukan cecair.  Ia mampu menjana kuasa sehingga 50hp (dengan ram udara, 49hp tanpa ram udara) pada 15,500rpm dengan tork maksimum 22.9Nm pada 14,500rpm.

Walau bagaimanapun, ZX-25R SE tidak mendapat quickshifter, tidak seperti edisi ZX-25RR yang dilancarkan baru-baru ini di Indonesia. Versi SE juga dijangka masuk ke pasaran Asia lain termasuklah Jepun.

Kawasaki ZX-25R SE ini ditawarkan pada harga THB299,000 (RM37,706).

Google ads
Back to top button