Buletin

PEMILIK RESTORAN BENGANG, LETAK KERUSI ATAS BUMBUNG MYVI – ENTAH SIAPA YANG SALAH KU TAK TAHU

Satu hantaran di kumpulan Facebook ‘B40 Buat Perangai Apa Hari Ini’ mencuri perhatian apabila si suami mengadu mengenai kejadian yang menimpa isterinya, di mana kereta Perodua Myvi milik isterinya telah ‘dikepung’ oleh kerusi meja dari sebuah restoran.

Menurut Sin Chew Daily, wanita tersebut meletakkan kereta untuk ke tempat kerja pada sebelah pagi dan terkejut apabila melihat keretanya dikelilingi oleh kerusi meja pada waktu pulang bekerja.

Menerusi gambar yang dimuat naik, kelihatan sebuah kerusi sengaja diletakkan di atas bumbung Myvi tersebut hingga terdapat kesan calar pada kereta.

Setelah itu, wanita tersebut terus menghubungi suaminya bercerita kejadian sebenar sebelum mengancam pemilik restoran untuk melaporkan kejadian itu kepada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan menghebahkannya di media sosial.

Walau bagaimanapun, pemilik restoran tersebut tidak berganjak walau satu inci dengan ugutan tersebut bahkan hanya membalas “Baiklah, terima kasih.”  

Perkembangan terkini situasi tersebut, suami kepada pemilik Myvi tampil untuk memberikan kenyataan di Facebook.

“Kes Viral baru-baru ini berkenaan kereta Myvi granite grey yang diblock pada 7 Februari 2023 jam 8.00 malam, saya dan owner kedai telah pun berbincang secara baik di Balai Polis Dang Wangi.

“Saya dan owner kedai tersebut bersetuju untuk berbaik. Kesalahan saya dan owner harap dapat dimaafkan kerana terdapat beberapa salah faham. Dengan ini kes ini telah pun ditutup secara baik.”

Kenyataan dari suami di kumpulan Facebook ‘B40 Buat Perangai Apa Hari Ini’ itu mendapat pelbagai reaksi dari netizen.

“Kau salah apa? Salah parkir dalam petak? Sejak bila buat benda tu salah?” komen seorang netizen.

“Dewan Bandaraya Kuala Lumpur dah ambil tindakan belum? SPRM ada untuk buat laporan,”

Komen lain, “Solusi apa? Kami semua nak tengok kedai tu kena tutup dan disiasat. Kalau ini marketing korang, kami akan saman korang balik sebab sekarang ada akta sakit hati tau.”

Sebenarnya, sudah banyak kali kejadian seperti ini terjadi dan seharusnya pihak berkuasa mengambil tindakan tegas supaya kejadian seperti ini tidak lagi berlaku di masa hadapan. – Says

Google ads
Back to top button