Buletin

KENAPA ENJIN X50 1.5 TGDI LEBIH POWER DARI X50 1.5T

Baru-baru ini Mekanika telah dijemput untuk menghadiri soft launch Proton X50 di Proton Tanjung Malim. Ketika itulah kami baru mendapat info yang sebenarnya ada 2 jenis enjin yang bakal ditawarkan oleh Proton. Model flagship bakal dipadankan dengan enjin 1.5 TGDi dan juga enjin 1.5T

Jika diselidik, anda boleh perhatikan bahawa kedua-dua enjin walaupun direka dengan saiz yang sama iaitu 3 silinder 1500cc dengan turbo, namun kuasa yang dihasilkan oleh kedua-dua enjin adalah berbeza sama sekali. Unit TGDi menghasilkan 174.5 kuasa kuda dan 255Nm tork mankala unit 1.5T menghasilkan 148 kuasa kuda dan 226Nm tork.

Lebih mengejutkan lagi apabila unit 1.5TGDi boleh dipandu sejauh 15.6km bagi setiap liter berbanding dengan unit 1.5T iaitu 15.4km bagi setiap liter petrol. Angka ini menunjukkan unit 1.5TGDi lebih berkuasa dan lebih menjimatkan berbanding dengan unit 1.5T. Persoalannya mengapa 1.5TGDi memiliki prestasi yang lebih mantap?

Jawapannya ialah pada rekaan dimana sistem suntikan bahan api petrol dipasang pada enjin. Bagi unit 1.5 TGDi, sistem suntikan bahan api dipasang terus di DALAM SILINDER. Dengan ini enjin ini dinamakan sebagai suntikan bahan api terus atau Direct Injection. Petrol akan dipancitkan terus dalam silinder dengan sistem pam tekannan tinggi bagi menghasilkan percikan petrol yang halus

Bagi unit 1.5 T, unit suntikan bahan api dipasang pada bahagian port intake manifold, iaitu dipasang sebelum injap kemasukan. Petrol akan dipancitkan pada port injection, bercampur dengan udara yang disedut sebelum campuran udara dan petrol disedut masuk ke dalam silinder untuk dibakar

Habis tue, tang mana beza dia? Semua bakar dalam silinder kan?

Ok untuk memahami kenapa ini terjadi, mari kita belajar satu terma iaitu volumetric efficiency. Dalam enjin pembakaran dalam, udara disedut masuk dan dicampurkan dengan petrol/disel untuk dibakar. Proses pengembangan gas tadi akan menyebabkan piston bergerak dan enjin menhasilkan tenaga. Kata kunci di sini ialah, enjin perlu menyedut seberapa maksima udara untuk mencapai kecekapan volumetric yang tinggi.

Enjin 1.5 TGDi akan menyedut udara secara maksima semasa lejang kemasukan. Petrol pula akan dipancitkan terus dalam silinder dengan menggunakan sistem suntikan tekanan tinggi, kadangkala mencecah 300 bar bagi enjin prestasi tinggi. Disebabkan petrol dipancitkan pada akhir lejang mampatan, hanya udara sahaja dimampatkan oleh enjin ketika lejang mampatan.

Jadi, kebarangkalian untuk berlakunya knocking telah berkurang. Enjin TGDi boleh menggunakan mampatan yang lebih tinggi 10.5:1 berbanding dengan enjin 1.5T yang menggunakan nisbah mampatan 10:1. Lebih tinggi nisbah mampatan, lebih cekap enjin dari segi termodinamik. Ia menjadikan enjin lebih jimat dan berkuasa hanya dengan meningkatkan nisbah mampatan

Kebarangkalian untuk berlakunya knocking juga berkurang dengan drastik sebaik sahaja petrol dipancitkan dalam silinder. Petrol yang dalam bentuk cecair akan dipaksa menjadi wap. Proses ini akan menyejukkan udara yang dimampatkan menjadikan suhu semakin rendah rendah. Dalam suhu yang rendah, knocking susah untuk berlaku.

Drive-E 3 cylinder Petrol – interior

Bagi enjin 1.5T yang juga disebut 1.5 PFI (port fuel injection) oleh laman sesawang Geely, ia perlu mencampurkan udara dan petrol disebabkan sistem suntikan petrol berada di luar silinder. Udara yang masuk akan bercampur dengan petrol, menjadikan kecekapan volumetric akan berkurang.

Nisbah mampatan juga terpaksa dikurangkan sedikit menjadi 10:1 bagi mengelakkan enjin mengalami masalah knocking ketika proses mampatan berlaku. Nisbah mampatan yang rendah, penggunaan sistem suntikan Port Fuel Injection dan kecekapan volumetric yang lebih rendah berbanding enjin 1.5 TGDi menjadikan kuasa kuda dan tork enjin 1.5T PFI adalah kurang sedikit berbanding dengan 1.5 TGDi

Google ads
Back to top button