Artikel PilihanBuletin

KERETA GEELY PALING BERKUASA KINI SEDANG DIUJI DI SEPANYOL

SHARE
New Triton 4Sure Power -MREC – Desktop

Subsidiari syarikat Geely, Lynk & Co baru sahaja menamatkan fasa ujian kereta paling berkuasa mereka. Lynk & Co 03 Cyan Concept merupakan sedan touring yang akan dihasilkan sebagai produk massa berdasarkan versi perlumbaan touring sebenar.

Ini video terbaru yang mereka dedahkan yang menunjukkan ia sedang diuji di jalan raya Sepanyol.

Konsep Cyan 03 dibangunkan bersama-sama versi perlumbaan yang akan berentap dalam 2019 WTCR championship. Ia digelar “Intrepretasi kereta lumba untuk jalan raya,” Sedan ini dipadankan dengan enjin 2.0 liter empat selinder yang menghasilkan 528ps dan 504Nm tork.

CYan 03 ini dipacu oleh transmisi enam kelajuan sequential pada roda hadapan yang dilengkapi LSD pelbagai lapisan (multiplate LSD). Prestasinya memang sangat mengagumkan dengan pecutan 0-100 dalam masa 4.4 saat dan berhenti pegun di bawah jarak 100 kaki. Pecutan 0-200 di bawah 10 saat dan kelajuan tertingginya ialah 310km/j.

Lynk & Co’s 03 Cyan Concept akan terus dibangunkan sehingga sempurna. Langkah seterusnya ialah mengujinya di trek paling berprestij di dunia. Mana lagi kalau bukan Nurburgring, Jerman.

Google ads
Back to top button
Close