
MASERATI LEVANTE EDISI VULCANO. 10 UNIT SAHAJA. RM838,800.
Sebagai sebahagian daripada sambutan Ulang Tahun Ke-10, Naza Italia – Maserati telah memperkenalkan model edisi terhad SUV, Levante Vulcano Limited Edition, hanya sepuluh buah unit sahaja boleh didapati di pasaran Malaysia.
Levante menjadi titik bersejarah dalam perkembangan Maserati. Model ini memulakan era baharu bagi jenama ini apabila ia memasuki dunia kenderaan utiliti sukan mewah sepanjang sejarahnya yang melebihi 100 tahun.
Semasa Levante mula dilancarkan pada tahun 2016 yang memberi sumbangan untuk melengkapkan rangkaian jenama kereta mewah. Sejak itu Levante telah menjadi model tambahan yang popular dalam pasaran kenderaan mewah di Malaysia.
“Sebagai menandakan pencapaian Naza Italia-Maserati selama satu dekad, maka sepuluh buah unit Levante Vulcano edisi terhad dibawa masuk ke Malaysia” tambah Dato’ Samson.
Hanya 150 buah unit dihasilkan untuk pasaran Eropah dan Asia termasuk Malaysia.
“Kami berbesar hati dengan bimbingan dan sokongan yang diberikan oleh pasukan Maserati di peringkat serantau dan juga global serta sokongan yang diberikan oleh para pelanggan setia kami.
“Kami akan terus menghasilkan pengalaman pemilikan dan gaya hidup mewah Maserati bagi para pelanggan kami di sini menerusi perkongsian dan kecemerlangan untuk satu dekad lagi”, Ujar Dato Samson.
Vulcano edisi terhad dibekalkan dengan enjin twin-turbo V6 berkuasa 430 kuasa kuda, rekaan Maserati dan dibina di kilang Ferrari di Maranello.

Warna matte “Grigio Lava” yang eksklusif pada bahagian dalaman menyerlahkan lagi garis-garis Trident SUV yang sporty. Penampilan luaran dilengkapi dengan perincian pek Nerissimo (kelompok lampu belakang yang kelihatan gelap, logo dan gril depan berkrom hitam, tingkap sekeliling berwarna hitam berkilat, pemegang pintu berwarna dan paip ekzos bergilap, set roda Helios 21 inci dengan warna kusam dan angkup brek berwarna merah.
Ia turut dilengkapi dengan sistem brek Brembo Dual Cast 6 piston yang menjamin prestasi membrek yang meyakinkan.
Setiap kemasan dalaman Levante Vulcano dilengkapi dengan kemewahan yang sporty. Kerusi kulit Pieno Fiore yang berventilasi dan boleh dipanaskan didatangkan dalam warna merah dan dilengkapi dengan pelarasan elektrik dengan ingatan.

Ia turut dilengkapi dengan logo Trident bersulam pada bahagian kepala dengan warna yang berbeza bagi menyerlahkan personaliti “volkanik” model ini.
Selain itu, model turut dilengkapi dengan rangkaian Advanced Driving Assistance Systems (ADAS) yang komprehensif dengan lebih banyak fungsi aktif dan pada masa yang sama mengekalkan ciri pemanduan tepat sebagaimana mana-mana model Maserati yang lain.
Antara fungsi yang disediakan termasuklah Integrated Vehicle Control, Forward Collision Warning, Traffic Sign Recognition, Surround View Camera, Highway Assist System, Lane Keeping Assist dan Active Blind Spot Assist.
Daya tarikan eksklusif Levante Vulcano baharu edisi terhad dipertingkatkan lagi dengan trim dalaman gentian karbon berkilat termasuk pada pedal penukar gear dan bahagian selitan roda stereng sukan boleh laras menggunakan kuasa elektrik, dan lencana Trident aluminium berkrom pada terowong tengah bersama dengan logo Vulcano yang baharu dan perkataan “one of 150”.
Kemasan standard ini dilengkapi dengan sistem bunyi premium Bowers & Wilkins, sistem penutupan pintu secara lembut, pengesan parkir depan dan belakang dan lampu dengan adaptif Matrix LED sepenuhnya.
Levante Vulcano edisi terhad dijual di Malaysia bermula pada harga RM838,800.00 (termasuk cukai dan duti tempatan). Harga termasuk perlindungan 3 tahun Jaminan Standard tanpa sekatan perbatuan dan program penyelenggaraan percuma 3 tahun/ 100,000 km yang mana dahulu (Termasuk *Maserati Premium Service Plus selama 3 Tahun /60,000 km).
- BACA: KOS MEMILIKI MASERATI GRANTURISMO
- BACA: MASERATI LEVANTE TAK LAKU SEPERTI YANG DIJANGKA
- BACA: LEVANTE S DILANCARKAN RM788K
- BACA: SUV PERTAMA MASERATI DI GENEVA
GALERI