Artikel PilihanBuletin

KERETA SPORT ROADSTER 2 PINTU TERHEBAT SEPANJANG ZAMAN

Coupe merujuk kepada kereta sport dengan rekaan 2 pintu. Roadster pula merujuk kepada kereta yang dibina tanpa bumbung atau bumbung boleh disimpan dan dilipat. Ada yang menggunakan bumbung keras atau bumbung kanvas yang boleh disimpan dalam bonet jika dibuka

Kedua dua jenis bumbung ini juga biasanya datang dengan sistem motor elektrik bagi membantu proses membuka dan memasang semula bumbung. Apabila bumbung kereta dibuka, bahagian rangka atas kereta tidak memiliki struktur kekuatan yang boleh menyebabkan integriti cesi berubah

Biasanya kereta roadster akan memiliki cesi tambahan di bahagian lantai bagi menguatkan platform kereta ketika ia dipandu dalam keadaan bumbung terbuka. Biasanya roadster popular di negara 4 musim kerana cuaca di sana lebih nyaman. Pelik pulak kalau pandu kereta dengan bumbung terbuka di Malaysia

Sudah la panas, kalau hujan pasti banjir kilat dalam kereta jika lambat tutup. Ini senarai roadster yang popular dari dulu hingga sekarang.

1. Mazda MX-5-dinobatkan sebagai kereta sport 2 pintu paling laku di dunia pada tahun 2000 (Guiness Book of Records) sepanjang zaman. Ketika itu jumlah jualannya mencecah 1 juta unit di seluruh dunia. Ia diilhamkan oleh Bob Hall ketika bertugas di Mazda, direka di California dan rekaan ini diambil dari Lotus Elan

Dengan berat sekitar 960kg, dikuasakan dengan pilihan enjin 1600cc, 1800cc, dan 2000cc ia memberi fokus kepada cesi yang ringan untuk keseronokan pemanduan dengan bumbung terbuka

2. Porsche Boxter– model ini istimewa sebab masa mula-mula diilhamkan memang ia khusus dilahirkan sebagai roadster pada tahun 1996. Dan selepas 25 tahun kereta ini masih dipuji dengan pengendalian yang sedap kerana enjin boxer dipasang secara MR (mid engine rear wheel drive). Pada tahun 2017 ia diperkenalkan sebagai Porsche 718 Boxter

3. Mercedes SL – telah dilancarkan sejak 1954 sebagai model W198 dan sehingga hari ini masih lagi dijual sebagai model R231. SL bermaksud “super light atau Super Leicht. Idea asalnya datang Max Hoffman yang berasal dari Austria tapi menetap di Amerika dan model SL ini khusus untuk pasaran US

Idea Max ialah SL ialah sebuah kereta untuk Baby Boom Generation (1950an) sebagai sebuah kereta sport, grand touring, kereta mewah dan juga disediakan dengan pilihan enjin yang berkuasa. Enjin kereta ini bermula dengan 3000cc 362 kuasa kuda dan paling besar ialah 5461cc versi AMG yang menghasilkan 577 kuasa kuda.

4. Honda S2000-dihasilkan dalam 2 generasi iaitu versi tahun 1999 dan 2009. Model ini terkenal dengan pengendalian yang sedap dan enjin VTEC yang meligat tinggi sehingga 9000 RPM dengan 248 kuasa kuda. Agak menakjubkan kerana enjin ini hanya 4 silinder 2000cc dan S2000 adalah jawapan Honda kepada MX-5

Biasa ada 2 varian yang dihasilkan samaada versi hardtop dan juga versi softop (kanvas)

5. Ferrari 812 GTS – ini ialah model terkahir dari Ferrari yang menggunakan formula enjin V12 6500cc yang dipasang di bahagian depan dan semua 800 kuasa kuda dihantar ke roda belakang. Jika ditekan pedal minyak rapat ke lantai, ia berupaya mencecah 321 kuasa kuda.

Tapi dengan syarat bumbung mesti ditutup kalau tak jahanam bahagian interior kereta. Sebab itulah 812 GTS ini dipasang dengan hardtop

6. BMW Z3 -model terbaru kereta ini ialah Z4/Supra tapi Z3 adalah versi awal roadster BMW yang tak banyak dipasang dengan elektronik. Model ini direka oleh Joji Nagashima warga Jepun yang bekerja dengan BMW sebagai jawapan kepada Mazda MX-5.

Pada tahun 1996 ia hanya memiliki satu pilihan enjin sahaja iaitu 1900cc yang menghasilkan 138 kuasa kuda. James Bond mempromosikan kereta ini dalam filem Goldeneye menyebabkan model ini laku keras. 15,000 unit pertama pada tahun 1996 habis semuanya sebelum sempat dihasilkan lagi

7. Porsche Carrera GT-merupakan sebuah supercar yang dihasilkan oleh Porsche dengan enjin 5700cc. Dengan 603 kuasa kuda dan 590Nm tork, Carrera berupaya memecut dari 0-100 3.9 saat. Catatan masa kereta ini di Litar Nurburgring ialah 7 minit 28 saat

Berat kereta ini ialah sekitar 1380kg sahaja tanpa sebarang sistem kawalan kestabilan elektronik. Anda perlukan kemahiran yang sangat tinggi untuk mengawal kereta ini dan jika anda ingat ini ialah kereta yang meragut nyawa Roger Rodas dan Paul Walker.

8. AC Cobra / Shelby Cobra – ia merupakan model asal yang dibina oleh AC Cars dan Shelby meminta syarikat ini menghasilkan cesi yang boleh menerima enjin V8 4300cc yang dihasilkan oleh Ford. Dalam perlumbaan Le Mans, kereta ini gagal mengejar Ferrari disebabkan ketiadaan bumbung (faktor aerodinamik). Tapi ia menjadi kereta sport yang popular di Amerika

9. Alpina Roadster V8 – Alpina ini kalau anda nak tau ialah syarikat tuner khusus untuk BMW. Jadi bila model asal BMW Z8 ini sampai ke tangan Alpina, memang habis semua kena rombak balik. Model asal Z8 ini dikuasakan dengan enjin S62 V8 4900cc yang menghasilkan 394 kuasa kuda dan 500Nm tork. Ia mampu memecut 0-100 dalam masa 4.7 saat

Majalah Car & Driver mengatakan dalam ujian mereka Z8 berupaya mengalahkan Ferrari Daytona dalam aspek pecutan, pengendalian dan brek. Alpina menjadikan kereta ini lebih mewah dengan menggantikan enjin kepada 4800cc dengan transmisi automatik, Nappa Leather dan suspensi yang lebih selesa

Google ads
Back to top button