Motosikal

HONDA CBR600RR KINI DI MALAYSIA. 3 MODE TUNGGANGAN, ESS, HESD, BERMULA RM98,888

Boon Siew Honda hari ini mengujakan pasaran motosikal tempatan apabila memperkenalkan Honda CBR600RR serba baharu.

Jentera super sports itu menjadi pemacu kepada banyak kejayaan dalam pelbagai kejohanan melibatkan motosikal produksi. Antaranya ialah Kejohanan Dunia FIM Supuersport, Kejohanan Asia Road Racing dan Kejohanan Perlumbaan Jalanan Seluruh Jepun.

Ciri-ciri menarik pada Honda CBR600RR 2021 ialah:

  • Enjin bersesaran 599cc dengan sistem penyejukan cecair berkuasa 119hp dan tork 63Nm pada 11,500rpm
  • Rekaan dan prestasi aerodinamik yang menawan
  • Teknologi kawalan elektronik untuk tunggangan yang selesa dan mengujakan
  • Mode tunggangan untuk prestasi terbaik. Power Mode dengan ciri kawalan tork, kawalan wheelie dan brek enjin
  • Paparan meter TFT warna penuh
  • Sistem Emergency Stop Signal yang akan mengaktifkan lampu hazard secara automatik jika brek ditekan keras.
  • Ciri Honda Electronic Steering Damper (HESD), Quick Shifter dan Assist/Slipper Clutch

CBR600RR meneruskan nilai siri CBR iaitu “Total Control” yang menggabungkan prestasi mantap dengan rekaan agresif. Tampil dengan konsep Awaken The Race, jentera itu dilengkapi kawalan elektronik terkini.  

Jentera tersebut dipasang dengan sensor Inertial Measurement Unit (IMU) yang berperanan mengesan sudut posisi motosikal. Ia berfungsi bersama dengan Selectable Torque Control (HSTC) dan Engine Control Unit (ECU) untuk memastikan tayar belakang tidak gelincir ketika memecut atau membelok.

Terdapat tiga mode tunggangan yang ditawarkan iaitu Fast Riding, Fun Riding dan Comfortable Riding. Motosikal itu juga memberi pilihan kepada penunggang untuk menghasilan dua mode tunggangan mereka sendiri.

Penunggang boleh mengubah suai kuasa (5 tahap), HSTC (9 tahap +off), kawalan wheelie (3 tahap + off) dan brek enjin (3 tahap).

CBR600RR dilengkapi ciri Honda Electronic Steering Damper (HESD) dengan tiga mode tetapan (keras, sederhana, lembut). Komponen itu bekerjasama dengan IMU dan alat pengesan kelajuan untuk meningkatkan kestabilan ketika mengambol selekoh serta menunggang dalam kelajuan tinggi.

Motosikal itu dipasang dengan sistem brek ABS dua saluran, empat angkup dan cakera berkembar bersaiz 310mm di depan serta cakera tunggal 220mm di belakang.

Kestabilan tunggangan ditingkatkan lagi dengan suspensi hadapan USD Showa 41mm di dapan dan Showa Pro-Link.

Penampilannya pula diserlahkan menerusi sepasang lampu LED yang agresif, winglet dan ekzos belakang kompak.

Honda CBR600RR didatangkan dalam warna merah Grand Prix Red yang ekslusif dan boleh anda miliki pada harga RM98,888 (tidak termasuk cukai jalan, insurans dan yuran pendaftaran).

GALERI

Google ads
Back to top button