
Buletin
KKM CADANG RENTAS NEGERI SEMPENA AIDILFITRI DITANGGUHKAN
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mencadangkan aktiviti rentas negeri untuk sambutan Hari Raya Aidilfitri ditangguhkan.
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba berkata ia kerana penularan wabak Covid-19 masih berada di tahap membimbangkan.
“Banyak pihak merayu kerajaan untuk membenarkan rentas negeri untuk perayaan Hari Raya Aidilfitri.
“KKM mencadangkan rentas negeri ditangguhkan.
“Ia berikutan terdapat varian baharu dalam komuniti dan program imunisasi masih diteruskan,” katanya.-awani








