Artikel Pilihan

KERETA SPORT TANPA BUMBUNG LEBIH BANYAK SERETAN BERBANDING DENGAN KERETA ADA BUMBUNG?

Sebelum ni saya kongsikan apa beza antara kereta buka tingkap dengan kereta tutup tingkap. Hal ni berkaitan dengan aerodinamik. Ni, Abg Japar Mekanika sambung tanya, “Kalau bumbung terbuka macam mana pulak? (Gambar 1).

Meh saya jawabkan.

Orang main kereta & orang faham kejuruteraan rata² boleh agak yang kereta yang bumbung terbuka ni mestilah lebih banyak rintangan angin berbanding kereta yang berbumbung.

Boleh jadi, Abg Japar ni tanya untuk saya terangkan bersama data & bukti saintifik. Jadi ni saya bawakan sikit.

Sebelum tu, korang kene tau yang kereta bumbung boleh terbuka ni dipanggil convertible atau juga dipanggil cabriolet (sebutan “cab-ri-o-ley”).

Menurut Wolf-Heinrich Hucho (2013) (gambar 2), kita boleh perhatikan beberapa perkara:

gambar 1

i) Pekali seretan (drag coefficient) sangat bergantung dengan pandangan muka depan kereta (frontal area).
• Boleh tengok VW beetle dalam keadaan biasa CD = 0.49. Manakala CD VW Karman Gia = 0.39.

ii) Pekali seretan (drag coefficient) juga bergantung kepada rintangan angin dibelakang halangan
• Dimana kereta harian seperti VW Beetle yang dibuka bumbung mempunyai kenaikan pekali seretan (drag coefficient, CD) sebanyak 39%. Manakala pekali seretan untuk kereta sport seperti VW Karman Gia juga naik tapi hanya sebanyak 23%.

gambar 2

Nak memahamkan kenapa bila bumbung terbuka ni lebih banyak rintangan, jom tengok gambar ke 3. Kita boleh nampak dengan bumbung terbuka, angin akan melalui pelbagai rintangan dibelakang cermin hadapan. Ini yang buatkan daya seret (drag force) meningkat.

Jadi, kita dah faham sikit sebanyak masalah kereta yang bumbung terbuka ni. Takkan nak berhenti kat masalah je?? Nak gak tau apa solusinya, kan??

Solusinya…

Pengeluar kereta akan gandingan kereta² bumbung terbuka ni dengan pemesong angin (wind deflector). Gambar 4 tunjukkan ada dua jenis pemesong angin.

• Satu pemesong angin tu berada diantara dua kerusi (gambar 4b). Dengan menghalang laluan angin di belakang kerusi, bahagian depan kerusi akan terima angin hanya sewaktu pemanduan perlahan. Bila laju, angin akan terpesong.

gambar 3

• Dan satu lagi pemesong angin berada di atas cermin hadapan; macam sun-visor. Yang ni akan terus mengarahkan angin kebelakang melepasi ruangan bumbung yang terbuka.

Dua² pemesong angin ni hanya akan berkesan secara efektif bila tingkap dinaikkan.

Tapi selalunya kereta² bumbung terbuka ni bukan nak bawak laju pon kan. Nak kenyang makan angin. Atas sebab tu, kebanyakan talaan aerodinamiknya lebih fokus ke arah keselesaan pemandu. Kalau angin banyak sangat, rimas & lemas nanti.

Dr Aid Fawzal
Middlesbrough UK

*Gambar 1: Wolf-Heinrich Hucho (2013), Aerodynamics of Road Vehicles: From Fluid Mechanics to Vehicle Engineering.
*Gambar 2: Wang D & Yang S (2015), Research on Factors Leading to Variant Aerodynamic Drag Coefficient of Different Cabriolets. SAE-China.
*Gambar 3: Joseph Katz (2016), An Introduction to Automobile Aerodynamics.

Google ads
Back to top button