Artikel Pilihan

TOYOTA LAND CRUISER ADALAH YANG TERBAIK – TAPI ABANG TETAP SETIA DENGAN ALZA

Chris Scott telah menyelesaikan 50 ekspedisi off-road dan beliau seorang pakar dalam merentas gurun Sahara. Malah Scott juga telah menghasilkan sejumlah buku tentang pengalaman beliau.

Ekspedisi pertama beliau ke Afrika Utara ialah pada tahun 1983 dengan menggunakan motosikal dan sejak dari hari itu Scott telah mengembara ke serata dunia dengan menggunakan kenderaan bermotor. Jadi apakah ‘senjata’ pilihan Scott untuk mengembara ke tempat-tempat paling mencabar di dunia? Jawapannya ialah Toyota Land Cruiser! Kalau dalam bandar abang rasa dia akan pilih Alza. Korang rasa macam mana?

Antara buku yang telah ditulis oleh Scott ialah Overlanders’ Handbook, Adventure Motorcycling Handbook, Sahara Overland dan banyak lagi. Dalam satu temubual dengan Toyota UK, Scott mengimbas kembali beberapa kenderaan kegemaran beliau. Sati daripadanya ialah sebuah Land Cruiser 60-series yang digunakan beliau untuk mengembara di Mauritania, Libya, Morocco dan beberapa negara lain. Malah ia turut digunakan untuk merentasi gurun Sahara hampir 6 kali. 6 kali tu bang, awak pergi Setiu pun baru 2 kali seumur hidup.

Sebuah lagi ialah FJ45 yang digunakan beliau hampir setahun sewaktu berkelana di Australia Barat dan Wilayah Utara.

Land Cruiser ialah sejenis kenderaan yang over-engineered sekaligus menjadikannya sangat utuh dan boleh diharap untuk mengharung laluan yang mencabar untuk jangka masa yang lama.

Scott turut mendedahkan yang beliau pada awalnya bukanlah peminat tegar Land Cruiser tetapi dengan pantas menyedari yang ia sebenarnya sebuah kenderaan yang peling boleh dipercayai di dunia.

Pada peringkat awal beliau sebenarnya salah seorang peminat Land Rover. Biasalah dia sendiri pun berasal dari UK tapi sebaik sahaja melangkah ke luar negara beliau mula sedar yang dunia luar bukannya dikuasai oleh Land Rover. Di seluruh dunia, Australia, Sahara dan di kebanyakan negara membangun hampir kesemunya ditakluk oleh Land Cruiser!

Scott sedar yang beliau mesti menggunakan jentera yang sama seperti digunakan penduduk tempatan. Ia akan memudahkan kerja pembaikian jika diperlukan. Engkau nak melancong ke gurun Sahara tapi pandu Porsche Cayenne, kau rasa ada tak pomen boleh setelkan masalah kereta kau kalau terkandas.

Malah sekitar tahun 90 an sehingga 2000 menurut Scott, hampir separuh daripada kenderaan di sana J60, jadi alat ganti OEM Toyota memang bersepah la kat sana.

Tayar merupakan perkara paling penting sebelum memasuki laluan yang mencabar menurut Scott. Beliau cuma akan menggunakan tayar yang berjenama khususnya Michelin. Kebocoran tayar memang tidak dapat dielakkan tapi ia boleh dikurangkan bila menggunakan tayar berjenama.

Sistem suspensi juga mesti dinaik taraf apatah lagi dengan bebanan muatan yang melampau. Ye lah dengan bekalan airnya, makanan, bahan api dan lain-lain. Ingat ada mini market ke kat tengah padang pasir. Membawa muatan yang berlebihan dengan suspensi standard memang akan meranapkan komponen seperti tie rod dan bushing kenderaan anda.

Satu lagi ilmu yang diajar oleh penggemar model lama seperti Scott ialah, pengurangan berat akan mengurangkan penggunaan bahan api sekaligus memanjangkan jangka hayat tayar dan pad brek.

Dah lama kita dengar tentang kehebatan Land Cruiser ni dan maklumat itu disahkan lagi oleh testimony Chris Scott yang sudah memandunya ke serata dunia. Rasa-rasa kalau Scott tinggal di Malaysia kereta apa dia akan beli?

Google ads
Back to top button