Buletin

KERETAPI BERKELAJUAN TINGGI, KL-SINGAPURA DALAM 90 MINIT

Keperluan mengejar masa menjadikan teknologi semakin cepat berkembang. Industri pengangkutan nampaknya akan lebih kompetitif menerusi pembinaan kereta tapi berkelajuan tinggi (HSR) yang akan menghubungkan terus Kuala Lumpur dan Singapura dalam satu laluan terus. Perjalanan dari KL ke Singapura hanya mengambil masa 90 minit dengan kelajuan purata 300km/j.

high speed train (3)

Projek ini sebenarnya telah lama diilhamkan semenjak zaman Tun Mahathir lagi namun atas beberapa sebab yang masih dibincangkan, ianya tertangguh.

Kini persetujuan telah dimuktamadkan dan kata putus sudah dicapai. Pada 19hb Julai yang lalu, satu memorandum persefahaman (MOU) telah dipersetujui oleh pemimpin tertinggi kedua-dua negara yang menyedari keperluan pengangkutan darat yang pantas untuk menghubungkan dua Bandaraya penting ini.

high speed train (2)

Terdapat 3 laluan utama HSR iaitu;

  1. Laluan Tanpa henti

Kuala Lumpur – Jurong East

  1. ‘Shuttle’

CIQ Johor – CIQ Singapura

  1. Domestik

Laluan henti-henti sebanyak 6 perhentian bermula di Putrajaya – Seremban – Ayer Keroh – Muar –  Batu Pahat dan Iskandar Puteri.

Projek ini akan menelan belanja keseluruhan sebanyak RM70 bilion dan pembinaan akan bermula sebaik selepas semua dokumen diteliti dan dipersetujui. Ia dijangka akan siap sepenuhnya dan bakal beroperasi pada tahun 2026.

Sumber: Jabatan Kerja Raya

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button