Buletin

KLIMS 2024: KIA SPORTAGE DILANCARKAN, HARGA BERMULA RM151K

Sempena acara Kuala Lumpur International Mobility Show 2024 (KLIMS 2024), Dinamikjaya Motors (DJM) secara rasmi melancarkan Kia Sportage generasi kelima versi pemasangan tempatan (CKD).

Kia Sportage CKD baharu ini hadir dengan reka bentuk lebih segar dan moden, teknologi yang lebih canggih, serta ciri keselamatan ditambah baik.

Di bahagian dalaman, teknologi canggih seperti sistem infotainmen beresolusi tinggi dengan sokongan Apple CarPlay dan Android Auto dipadankan dengan kluster digital 12.3-inci, memberikan pengalaman pemanduan lebih intuitif.

Bukan itu sahaja, beberapa varian turut dilengkapi ciri seperti pencahayaan ambien, kawalan suhu dwi-zon, dan sistem audio premium Harman Kardon.

Dari segi kuasa, ia hadir dengan dua pilihan kuasa, iaitu enjin 2.0L Smartstream dan 1.6L Turbo Gamma II.

Nadi 2.0L Smartstream menghasilkan 156hp @ 6,200rpm dan 192Nm, transmisi automatik 6-kelajuan, manakala 1.6L Turbo Gamma II menghamburkan 177hp @ 5,500rpm dan 265Nm, dipadankan bersama transmisi dual clutch 7-kelajuan.

Selain itu, Sportage CKD ini turut dilengkapi sistem keselamatan terkini seperti:

  • Forward Collision-Avoidance Assist (FCA)
  • Lane Keeping Assist (LKA)
  • Blind-Spot Collision-Avoidance (BCA)
  • Rear Cross-Traffic Collision Avoidance (RCCA)

Untuk harga, perincian harga adalah seperti berikut:

  • 2.0G 2WD: RM151,219.60
  • 2.0G 2WD High: RM161,219.60
  • 1.6T 2WD High: RM180,900
  • 1.6T AWD High: RM190,900

Selain itu, DJM turut memberikan nilai tambah kepada pembeli melalui pakej lima tahun penyelenggaraan percuma serta waranti lima tahun.

GALERI:

Google ads
Back to top button