KLIMS 2024: MAZDA CX-80 DIPERKENALKAN, JANA 382PS, TAWAR JARAK GERAK 60KM
Bermaz Auto Berhad, pengedar kenderaan Mazda di Malaysia memperkenalkan Mazda CX-80 di Kuala Lumpur International Mobility Show (KLIMS) 2024.
Mazda CX-80 adalah berasaskan platform pacuan roda belakang dan ditawarkan dalam pilihan trenkuasa yang sama.
Dari segi dimensi, model ini berukuran 4,995mm panjang, 1,890mm lebar dan 1,710mm tinggi, dan jarak rodanya diletakkan pada 3,120mm.
Bagi kelengkapan kabin, ia dilengkapi paparan instrumen digital, skrin sesentuh infotainmen 12.3-inci, ketersambungan tanpa wayar bagi Apple CarPlay dan Android Auto, paparan utama serta sistem audio Bose bersama 12-pembesar suara.
Untuk praktikaliti, SUV ini menawarkan keselesaan ruang but berkapasiti 687 liter dengan tempat duduk barisan ketiga dibaringkan dan mencecah 1,971 liter apabila kedua-dua barisan tempat duduk belakang dibaringkan sepenuhnya.
Perincian menarik lain termasuklah dilengkapi bantuan pemanduan i-Activsence, brek kecemasan autonomous hadapan dan belakang, kawalan kelajuan adaptif dengan fungsi stop and go serta bantuan pemusatan lorong.
Dari segi kuasa pula, Mazda CX-80 dijana oleh enjin 2.5 liter NA empat-silinder, berupaya menghamburkan kuasa 192PS dan 261Nm.
Sementara, motor elektrik berkuasa 175PS/270Nm pula memberikan keseluruhan kuasa 328PS dan tork 500Nm.
Menerusi pek bateri berkapasiti 17.8kWh, ia menawarkan jarak gerak hingga 60km.
GALERI:
- BACA: KLIMS 2024: MAZDA CX-60 DIPERKENALKAN, JANA 280HP, DILENGKAPI CIRI DRIVER PERSONALISATION
- BACA: KLIMS 2024: PERODUA PAMER MODEL PROTOTAIP EV eMO-II. HARGA BAWAH RM90K, BATERI LFP, 410KM SEKALI CAJ
- BACA: KLIMS 2024: NISSAN KICKS e-POWER DILANCARKAN, HARGA BERMULA RM113K
- BACA: TERKINI: HONDA CBR650R/CB650R E-CLUTCH SAH MASUK MALAYSIA 2025