KLIMS 2024: COROLLA CROSS FACELIFT, 3 VARIAN, REKAAN LEBIH GARANG, BERMULA RM134K
Selain Toyota Camry 2025, UMW Toyota turut melancarkan model facelift Corolla Cross ke pasaran tempatan. Menjadi salah satu model SUV popular di Malaysia, jentera itu sememangnya sangat ditunggu-tunggu oleh pelanggan.
Corolla Cross 2025 yang tampil dengan rekaan baharu dan pelbagai penambahan ciri itu ditawarkan dalam tiga varian iaitu GR Sport HEV pertama, 1.8 HEV dan 1.8V. Harga adalah seperti berikut:
- 1.8V – bermula RM133,800
- 1.8 HEV – RM140,800
- 1.8 HEV GR Sport – bermula RM148,800
Dilengkapi sistem elektrik hibrid terkini Toyota terkini, SUV itu menawarkan kecekapan bahan api, pemanduan yang lancar serta responsif, sesuai untuk perjalanan bandar dan lebuh raya. Bagi peminat prestasi pula, varian GR Sport menawarkan suspensi talaan khas dan penstabil prestasi tinggi, menjadikan setiap perjalanan lebih dinamik dan menyeronokkan.
Dari segi reka bentuk, gril hadapan baharu, bampar yang diperbaharui, dan lampu utama Bi-LED sporty memberikan penampilan berani. Varian GR Sport pula menampilkan bumbung hitam dua tona yang eksklusif.
Bahagian dalaman Corolla Cross 2025 menawarkan suasana elegan dengan aksen coklat gelap premium. Panel digital paparan maklumat pelbagai warna (MID) 12.3 inci menyediakan maklumat pemanduan yang jelas dan komprehensif.
Manakala sistem audio paparan 10.1 inci menyokong Apple CarPlay dan Android Auto tanpa wayar, memastikan ketersambungan tanpa gangguan. Tambahan lagi, ciri seperti Electric Parking Brake dan Vehicle Telematics System yang dipertingkat disertakan fungsi Remote Engine Start memberi kemudahan dan keselesaan untuk gaya hidup di bandar.
Dengan kempen “Reinvent Your Horizon,” Corolla Cross 2025 baharu hadir dalam dengan pilihan warna baharu seperti Dark Turquoise, di samping warna sedia ada. Sementara varian GR Sport menonjol dengan bumbung hitam dua tona eksklusif.
Toyota turut menitikberatkan ketenangan minda pemiliknya. Corolla Cross 2025 dan Camry 2025 baharu didatangkan dengan jaminan lima tahun tanpa had perbatuan, manakala teknologi hibrid elektrik pula disokong oleh jaminan lapan tahun tanpa had perbatuan, yang merangkumi bateri hibrid, inverter dan unit kawalan pengurusan kuasa.
Untuk perlindungan tambahan, jaminan hibrid boleh dilanjutkan sehingga 10 tahun, memberikan keyakinan maksimum kepada pemilik. Maklumat lanjut, layari www.toyota.com.my atau kunjungi bilik pameran Toyota terdekat hari ini.
GALERI